Saturday, January 8, 2011

lawak MATA drpd Mufti Mesir






Semalam aku berkesempatan bersama beberapa ahli rumah F4(Fahim dan Naqi) solat jumaat di masjid Sultan Hasan.Mula-mula rasa malas nak pergi sebab exam sudah dekat.Tapi apabila tanya pendapat beberapa ahli rumah F4 mereka berijtihad untuk pergi.Semangat mereka berjangkit kat aku.Mungkin ramai yang masih ingat memori bersama masjid ini.Masjid yg kita pernah jejaki semasa jaulah PSMB tahun satu dulu(2007).Dan mungkin ada antara kita yang tak pernah menjejakinya selepas PSMB. Mungkin tak berkesempatan atau melihat masjid ini sama macam masjid2 lain yg berada dibumi Mesir.


mimbar masjid Sultan Hasan


Semalam (hari jumaat) masjid ini diserikan dgn satu majlis ilmu iaitu kelas tafsir yg diadakan selepas solat Jumaat.Biasanya majlis ilmu ini diadakan setiap hari selasa dan rabu, selepas asar di masjid Al-Azhar.Disebabkan hari rabu lepas kelas xde,maka digantikan pada hari Jumaat.



Masjid Al-Azhar

Siapa tak kenal mufti Mesir? Kalaulah Mesir ini dikenali dengan kiblat ilmu, maka muftinya bukanlah calang2 orang. Kelas tafsir tersebut dibimbing oleh Al- Imam Allamah Syeikh Ali Jumaah (Mufti Mesir)yang begitu banyak menyumbang untuk memastikan kefahaman Islam yang sebenar tersebar diseluruh dunia.

Syeikh Ali Jumaah


Mungkin tak pernah terlintas di fikiran kita seorang yang begitu hebat dan tinggi ilmunya juga pandai buat lawak. Tapi mestilah lawaknya tak sama dengan lawak yg biasa kita amalkan. Lawak orang berilmu mestilah tinggi nilainya.


Surah Al-‘Araff merupakan surah yang ketujuh dalam Al-Quran.Dalam surah ini ada disebut kisah Nabi Musa dan pengikutnya dari kalangan Bani Israel.Semalam Al-Imam menafsirkan ayat 155 daripada surah tersebut. Jika dibandingkan baca Al-Quran terjemahan dengan kita belajar sendiri tafsir lain rasa zukknya dan lebih memberi kesan kepada hati.InsyaAllah.

وا ختار موسى قومه سبعين رجلا لميقاتنا ...(الي نهاية)

سورة الاعراف-155

Apabila Al-Imam menafsirkan perkataan سبعين رجلا beliau ada menyebut tentang ketelitian dan sejauh mana kita mentadabbur dengan ayat Al-Quran. Al-Imam menceritakan teka- teki berkaitanl Al-Quran.


PERTAMA: DALAM BANYAK2 AYAT ALQURAN,AYAT MANAKAH YANG MENGGUNAKAN SEMUA HURUF DARIPADA HURUF-HURUF BAHASA ARAB?

Seperti mana yang kita tahu Huruf bahasa Arab terdapat 28 huruf semuanya. Dan ada yang mengatakan 29 huruf. BTW kita katakanlah 28 huruf.Jadi terdapat ayat Al-Quran yang menggunakan kesemua 28 huruf tersebut dalam satu ayat.

JAWAPAN :Ayat terakhir daripada surah Al-Fath.


KEDUA:DALAM BANYAK2 AYAT AL-QURAN,AYAT MANAKAH YANG MENGGUNAKAN PALING BANYAK LAFZUN JALALAH(ALLAH)?

Lafzun Jalalah adalah lafaz yang agung iaitu ALLAH.Adakah 5 lafaz Lafzun Jalalah paling banyak dalam satu ayat?adakah 6? Adakah 7?

JAWAPAN : Terdapat dalam ayat terakhir daripada surah Al-Muzammil dengan kekerapan Lafzun Jalalah sebanyak 7 kali .


Lafzun Jalalah


TERAKHIR:DALAM BANYAK2 AYAT AL-QURAN ,AYAT MANAKAH YANG TERDAPAT عين (mata) SEBANYAK 140 KALI DALAM SATU AYAT?

Kalau fikir secara kasar memang sampai bila2 tak akan jumpa jawapan sebab jawapannya tersirat disebalik ayat Al-Quran.Pernah tak kita jumpa selama kita baca alquran disebut perkataan عين sebanyak 140 kali? Rasanya memang tak akan jumpa.Jom kita tengok apakah jawapannya.

JAWAPAN: terdapat dalam ayat 155 daripada surah Al-‘Araaf.

Kalau kita perasan pada perkataan سبعين رجلا yang bermaksud 70 lelaki. Setiap lelaki terdapat 2 biji mata. Maka 70 lelaki bersamaan dengan 140 عين (mata).Kalaulah kita berada dalam majlis ni, mungkin kita akan terasa lebih lawak.




Kehebatan al-quran memang tak dapat ditanding oleh sesiapa dan sampai bila2. Ayat Al-Quran akan terus terpelihara daripada sebarang perubahan dan kelemahan.


Sama2lah belajar dan mentadabbur ayat Al-Quran supaya kita dapat mengamalkan dan menyebarkanNya.

Kita kena bezakan antara thaqafah(maklumat) dan ilmu.Kalaulah kita baca kitab tanpa berguru maka apa yang kita dapat adalah maklumat bukanlah ilmu. Ilmu adalah cahaya yang hanya boleh didapati apabila kita belajar kitab dengan syeikh2 atau pun guru.

-Syeikh Yusri-

Mungkin 140 atau lebih slide MATA yang perlu aku habiskan.Soalan2 pun masih banyak.Doakanlah kejayaan bersama.

Selamat menempuhi exam end round ophthal lebih awal iaitu pada(10 Jan 2011) kepada group12 dan seorang drpd ahlibeit aku Muhammad Ihsan dan kepada group14 pada 13 Jan 2011.

Salah dan silap harap dimaafkan.

-Lupa merupakan sifat drpd sifat2 kesempurnaan manusia-

*************************************************************

jom sama2 meriahkan


6 comments:

Anonymous said...

:)
nice 1..
wish nk pndai arab!!
bru la boley blaja sume nii..

Izyan Hanis said...

:D

pegi masjid pun sempat ambek gambar lagi? *bagus.bagus*

oh, maybe that pics were taken in 2007. :)

eh, ade org tuh ckp die x paham arab sgt. ni pegi dgr kelas smue, ape cerita? PANDAI ARAB LAAAA..

sorry for drop in my comment cuz im not a stalker.
haha.
:)

aiyqosim said...
This comment has been removed by the author.
aiyqosim said...

syeikhuna!


mantopp nabil & F4 =)

zulaikha said...

(^_^)

nabil alhanis said...

aishah:
pegi kls syeikh juga salah satu cara nak pandai arab.

izyan:
mmg xphm sgt..sbb tu gi kls syeikh.
kalo dah pandai lepak rmh jela.

baem:
ahlan ya akhi..nape xpegi kls syeikh jumaat lps?biasanya ade.
doakan kejayaan bersama.

zulaikha:
(^.^)