Saturday, December 5, 2009

main basketball..

bola basketball



Dah lama aku tak main basketball. Tapi alhamdulillah, tahun ini aku berpeluang untuk bermain sebanyak 3 kali selepas kuliah 3rd year bermula. Bukan senang nak main basketball kat bumi kaherah ni. Kuantiti pemain yang sedikit dan kesesuaian masa merupakan penyebab utama kekerapan bermain game ini kurang berbanding bola sepak.

Aku mula bermain basketball masa form2. Tapi aku bukan bermain untuk kelab sekolah.Kelab basketball pun takde.maka Terpaksalah bermujahadah dan menebalkan muka untuk menumpang sekolah lain untuk bermain.Aku pernah kemukakan cadangan kepada sekolah untuk membuat coart basket, tapi malangnya cikgu buat layan tak layan je. Nak buat camne golongan minoriti katakan. Kesannya, junior2 aku tak pernah kenal permainan ini. Malang sungguh.
fokus merupakan aspek penting semasa bermain basketball


Walaupun aku telah banyak kali menyetai tournament basketball, tapi tetap tak boleh pergi jauh. Sekadar nak kumpul baju. haha.. Tapi apa yang lebih penting main banyak benda yang aku dapat sepanjang aku main benda nih. Menjaga kesihatan merupakan perkara utama dalam kehidupan.


warmup sblom main.



shoot btol2



block pon kena btol2




kelab basketball sekolah perubatan kaherah





semua bajet penat..main 2-3 minit dah pancit.

Friday, November 20, 2009

Ketika Chenta Bertasbih...




abdullah @ azzam


Cerita yang bercirikan islam memang susah nak jumpa.Tambahan kat malaysia, lagi susah.Kalau takde yang adegan2 'tut' tak sah.Walaupun negara kita telah merdeka lebih setengah abad, tapi pemikiran tetap di takuk lama. Sampai bila keadaan ini akan berlarutan... sama2 kita tentukan.Kalau bukan kita, siapa lagi?

Cerita KCB (ketika cinta bertasbih) adalah filem pertama yang aku tonton secara penuh pada tahun ni. Agak best dan agak islamik.Walaupun ada kritikan daripada ulamak yang berasal daripada negara itu sendiri (Indonesia) tetapi bagi aku filem ini jauh lebih baik berbanding dengan filem2 yang dilahirkan di negara kita.



cinta ada kekuatan
yang mampu mengubah duri menjadi mawar
mengubah cuka menjadi anggur
mengubah malang menjadi untung
mengubah sedih menjadi riang
mengubah setan menjadi nabi
mengubah iblis menjadi malaikat
mengubah sakit menjadi sihat
mengubah bakhil menjadi dermawan
mengubah kandang menjadi taman
mengubah penjara menjadi istana
mengubah amarah menjadi ramah
mengubah musibah menjadi muhibbah
itulah cinta

(puisi KCB)

Bagi mereka yang pernah melalui alam percintaan,sepatutnya dan semestinya mereka mengerti apa itu cinta.Aku nak hurai lebih2 pun tak berani.haha...

Apa yang aku faham melalui filem ini, rupa2nya cinta punyai kekuatan. Mampu mengubah segalanya. Negatif menjadi positif.Bak kata pepatah arab "alhubbu a'maa" (cinta itu buta).

Kalaulah dapat diaplikasikan dalam mencintaiNya kan bagus. Apa boleh buat cinta kepada Allah senang diungkapkan tetapi amat berat untuk dibuktikan.Ayat ini agak poyo. Tapi itulah fakta.

Buang yang keruh ambil yang jernih.


-teruskan menonton KCB2-

Monday, October 19, 2009

sementara menunggu...

Dah lama x mencoret sesuatu kt blog nih.Untuk mempunyai blog memang mudah, tapi nk update..macam2 alasan direka dalam otak kepala nih. Nasib baiklah blog nih aku punya.kalau berkerja dengan orang, dah lama kena pecat.

Walaupun dah lebih sebulan aku belajar ilmu medic untuk tahun 3, otak nih terasa kosong.Macam tak pernah belajar medic. Betullah kata teman sepermainan aku masa cuti summer baru2 nih 'ilmu perlu diulang2 ,baru lekat kat kepala'.Rasa rugi pulak masa cuti summer hari tu tak sentuh buku medic.Memang tak patut sebagai budak medik berkelakuan seperti ini.setuju?

Kita belajar medic kat mesir nih, bukan macam budak malaysia. Kalau kat Malaysia memang tak ada istilah 'santai' dalam belajar medic.Patutlah produk malaysia mantap2. Tapi kalau kat mesir siap ada istilah tahun 'honeymoon'.Betul ke honeymoon? Tanyelah budak2 tahun 4.Hanya mereka dapat menikmati tahun tersebut.

Terasa sedih jugak, sebab ada kawan2 yang sangkut tahun. Aku hanya dapat memberi sokongan daripada belakang.apa2 pun ucapkan 'ALHAMDULILLAH' .Segala apa yang berlaku itu atas kehendak Allah.

Semakin meningkat umur, semakin kerap bercerita tentang kahwin. Dulu tak pernah terfikir.tapi sekarang hampir tiap2 hari berbincang pasal benda ni. Seronok ke kahwin awal? Terpulanglah kepada individu. Ada yang nak kejar kerjaya dulu baru kahwin dan ada menggunakan pepatah 'sambil menyelam minum air'.Pilihlah yang terbaik.Ada yang nak kahwin mak tak bagi,tapi yang taknak kahwin pulak dapat lampu hijau daripada mak bapak.Inilah dikatakan kufur nikmat. Rukun nikah pun tak lepas, ada hati nak bercerita pasal kahwin.haha.

bila dulu..kufikirkan..tanpa cinta.. tak mengapa..
lagu sudirman haji arsyad
best sangat lagu ni.



Macam2 cabaran dalam hidup ini terpaksa ditempuhi sementara menunggu 'MATI'. Matilah tempat berehat bagi orang2 mukmin. Semoga kita menjadi orang mukmin yang sejati.AMINN.

Monday, July 20, 2009

tiga lawan satu

X: Ijut, ko nak gi mane pakai lawa2 nih..
Ijut: ko tak tau ke.. kan malam ni JPA ade buat makan untuk dak2 mumtaz..
X: ooo, sedehnye tak dpt ikut sekali..
Ijut: insyaAllah taun depan kita pergi satu umah..
X: insyaAllah..

Dalam banyak2 ahli rumah aku, hanya aku sorang je yang tak menyahut cabaran Ijut.Aku nak minta maaf kepada Ijut sebab aku tak dapat merealisasikan hasrat beliau. Ijut banyak membantu aku dalam memberi semangat ketika aku down. Cuma aku je yang bermasalah.
Memang bermasalah.

Terima kasih kepada semua yang membantu aku untuk lulus exam untuk kali ini. Hanya Allah yg akan membalas jasa korang.

Friday, July 17, 2009

summer time..

Kalau anda berkesempatan bermusim panas dimesir, Matruh dan Siwa adalah tempat yang wajib dilawati. Tempat yang memang menggamit seribu satu macam perasaan. Matruh dan Siwa adalah tempat yang berbeza. Matruh adalah nama salah satu tempat ditepi pantai, manakala Siwa adalah kawasan kota purba mesir. Bak kata Nasya, Siwa adalah tercalon dalam salah satu benda ajaib didunia.




Agiba beach








'senyum'








Wednesday, July 8, 2009

mesir malaysia..

Bagi aku mesir merupakan negara yang terbaik untuk menghabiskan musim cuti. Memang terbaik. Dari subuh sampai malam masa terisi dengan perkara berfaedah -certain2 org je-. Pengalaman balik malaysia pada penghujung bulan tujuh tahun lepas memang banyak mengajar aku apa erti 'masa'. Apa yang ada di malaysia?? apa yang ada dimesir??

MALAYSIA.
-mak ayah
-makanan asia
-banyak tempat yang menarik
-bumi yang hijau
-cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun
-hujan
-orang yang peramah
-politik yang tak menentu
-nasi kerabu(rindu)
-dll

MESIR
-senior yang tak balik
-makanan mesir yang 'pelbagai'
-tempat yang 'agak' menarik
-bumi yang berdebu
-negara empat musim
-hujan 2kali setahun (kalau nasib baik)
-orang mesir yang mesra dengan salam dan 'kadang2' peramah
-politik??
-dll

Apa yang penting? kerjasama..

Pilihlah yang terbaik untuk diri. Diri yang kosong perlu diisi. Diri yang terisi perlu lagi beriisi.

p/s
-umi..insyaAllah tahun depan kita jumpa.
-rindu nasi kerabu..huwaa!!
-basketball yang dirindui

Wednesday, June 10, 2009

GEN07..






-panas bukan halangan untuk bersama-

Monday, April 13, 2009

TAWAQQUF..

Apabila ditimbang dari segi prestasi study aku, nampaknya aku terpaksa korban sesuatu yang 'tahsinniat' dalam hidup aku. Nak tak nak, apa boleh buat. Beginilah hidup seorang pelajar.

Walaupun dalam kesibukan study, aku harap diri aku tidak mengabaikan tentang hal ehwal sekeliling, member2, ibadah dan apa yang perlu hidup sebagai seorang hamba Allah.


p/s: kepada sesiapa sahaja yang membaca entry nih, aku harap korg dapat memaaf aku kalau terdapat sebarang kesalahan dan keterlanjuran samada dalam penulisan atau tutur kata.



ilmu adalah cahaya
cahaya tidak turun kepada orang berdosa(maksiat)

Tuesday, April 7, 2009

terima je lah..!

Seringkali istilah 'seksi' ini dikaitkan dengan wanita. Apabila ada akhawat atau perempuan yang memakai pakaian ketat yang menampakkan bentuk tubuh, istilah seksi adalah tepat bagi mereka. Lelaki yang terpandang kepada mereka yang berpakaian begini biasanya tak akan melepaskan peluang untuk menjamu mata untuk kali yang kedua. Tapi bukan semua lelaki macam itu.

Bagaimana pula dengan istilah lelaki seksi? Dimana letaknya keseksian lelaki? Adakah istilah seksi ini sesuai untuk lelaki? Penilainya tak lain tak bukan adalah WANITA .Wanita beriman.

Baru-baru ini di akhir kelas histo Medad mewakili pihak akhawat memberi sedikit teguran mengenai cara pemakaian lelaki yang dikatakan agak seksi. Katanya lelaki sejak kebelakangan ini semakin berani mengenakan pakaian yang agak ketat(fit) sehingga menampakkan 'something' yang patut ditutup. Keadaan dalam kelas agak gamat dan terdengar 'sok-sek' yang tak berpuas hati. Tambah Medad lagi, kita hendaklah berlapang dada dalam menerima teguran sebegini.

Aku sempat meminta pendapat beberapa ikhwah mengenai perkara ini:

ihsang:
Terkejut jugak bila dengar macam tu. Tak sangka ada jugak istilah lelaki seksi ni. Tergelak aku bila dengar. Ok, back to the main question. Bagi aku, lelaki ini dikatakan seksi apabila bajunya agak ketat dan singkat. Seluar pulak, londeh. Bila kedua duanya digabungkan, yakni baju singkat dan seluar londeh, maka bila sujud nampak la apa yang tak sepatutnya dilihat. Pepaham je la.

saufi:
Elok juga kita (ikhwah) raikan juga pendapat akhawat ni, demi kemaslahatan bersama, bukan ikut kepala kita je. Biarpun umum tahu aurat lelaki itu bagaimana, namun amatlah molek jika disempurnakan lagi pemakaian kita. Pakai seluar, jangan terlalu ketat, pakai baju pun sama dan lagi molek dilabuhkan lagi. Lagi, pakaian jangan menjolok mata akhawat! Iyelah, kita tengok akhawat pun terliur, takkan akhawat tengok kita neutral je kot? Jagalah muamalat sesama kita.

nabil:
Aurat lelaki mengikut pandangan Islam adalah dari pusat hingga ke lutut. Hanya bahagian itulah yang patut ditutup oleh lelaki. Tetapi Bukan itu masalahnya. Kita hendaklah mengambil kira dari segi akhlak muslim. Memanglah kalau lelaki menutup dari pusat hingga ke lutut dah dikira tak berdosa, tetapi adakah perlu lelaki mendedahkan bahagian lain yang berada ditubuh mereka?. Akhlak adalah masalah utama. Bukankah Nabi Muhammad diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia seluruhnya?

Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Bagi aku, nilai seseorang itu berdasarkan akhlak yang ditunjukkan dan diamalkan, termasuklah cara berkomunikasi, berpakaian, tingkah laku dan dll.

Apa boleh buat, kita hidup sebagai hamba kenalah taat kepada tuannya. Kalau tuan kita hendak begini, beginilah kita buat. Kalau tuan kita hendak begitu, begitulah kita lakukan. Semua hukum yang ditetapkan oleh Allah itu bukanlah untuk membebankan kita, tatapi ada hikmah disebaliknya.


****************************************************************************************

INGATKANLAH KAMI..

Terima kasih kepada mereka yang sudi dan berani menegur. Berani menyatakan kebenaran dan sudi menjadi 'cermin' kepada kami. Kepada yang ditegur terimalah dengan hati terbuka dan jangan melenting walaupun perkara itu tidak bersesuaian dengan nafsu kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah mengasuh nafsu supaya selari dengan apa yang dikehendaki oleh Maha Pencipta.

Seseorang mukmin merupakan cermin kepada mukmin yang lain.

"syadidlah ustaz ni.."
"syadidlah mamat ni.."

Apabila ada ustaz atau alim ulamak yang menyatakan hukum berdasarkan nas2 daripada Al-Quran dan Al-Hadith tentang sesuatu perkara, biasanya ada je manusia yang yang tak berpuas hati dan membantah dengan membawa dalil2 berdasarkan nafsu mereka. Yang dibimbangkan adalah, dalil2 itu diguna pakai oleh sesetengah orang yang kurang arif dalam ilmu agama. Sesat dan menyesatkan.

Kepada mereka yang mempunyai ilmu agama, tolonglah amanah dalam menyampaikan ilmu kepada kami. Apalah nasib kami sebagai pelajar medic yang tak berkesempatan dalam mendalami ilmu ini (agama) walaupun dalam hati kami ini tersimpan satu keinginan yang besar dalam menguasainya. Ustaz2lah rujukan kami sebagaimana ustaz2 yang akan menjadikan kami sebagai rujukan dalam bidang perubatan. Kalaulah kami tak amanah dalam perkara ini bukankah naya dibuatnya.begitulah kami...

Sama2lah kita memperingati antara satu sama lain supaya kebahagian diakhirat yang diimpikan menjadi kenyataan. Bersabarlah dalam mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya kerana hidup kita sebagai mukmin didunia ini diumpamakan hidup dalam penjara.

Allah berfirman:
Wahai orang2 beriman! bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran kamu
dan bersiap sedialah(diperbatasan negeri kamu) dan bertaqwalah kepada
Allah semoga kamu berjaya.-3-200-

p/s: penulis bukankalah insan yang sempurna. salah silap harap maaf.

Sunday, March 22, 2009

around international day..



nanti sampai masanya paan..sabar


Saudi Arabiya


pais penjaga booth


arab pandai cakap melayu


sumbataini.






Terpaksa ke lab Biokem
antara yang masih setia.



Urine test.


paris



..


Wednesday, March 18, 2009

shortcut

Final exam just tinggal lebih kurang dua bulan lagi. Bahangnya semakin hangat terasa.Walaupon exam semakin dekat ,semangat aku mula terasa down.Aku dah mula terasa silibus yang perlu dibaca dan dihafal terlalu banyak.Physio 3 buku,anatomy 6 buku(kalo guna buku department),biokem ngan histo nasib baik 1 buku(1 buku tapi banyak tajuk).Aku rasa kalo aku amik masa tidor aku untuk digunakan untuk study pun belum tentu habis.

Masa physio hari nih aku habiskan dengan menutupkan mata dan menundukkan kepala yang menandakan aku syahid.Nasib baiklah Doc hari ni tak kisah sangat sesiapa yang tidur dalam kelas.Kalau Doc reproduction yang mengajar hari ni, aku rasa akulah orang yang pertama dihalau keluar secara terhormat dengan Doc sendiri yang tolong membukakan pintu.

Masa berjalan balik, aku mula terfikir, apalah nasib aku final nanti kalo aku still mengamalkan tabiat nih.Hidup mesti teruskan.Apa kata kalo aku mintak nasihat mentor(paan).Dia cakap kalo ada apa2 masalah bagitahu,jangan malu2.Niat ini ditangguhkan sementara waktu.

Nasib baiklah malam tu seorang senior datang melawat ktorg. Result dia agak gempak masa 1st dan 2nd year.2 tahun berturut2 dapat mumtaz."Inilah orang yang aku cari" hatiku berbisik.Otak aku mula dipenuhi dengan 1001 persoalan.Pilih soalan yang ringkas2 sudey.Aku pon tanye cara terbaik nak skor dalam masa yang genting nih.Beliau cakap...

Kalo anat..
Kita belajar memanglah banyak, tapi selalunya yang masuk exam hanya benda yang penting2 je. So, biasanya kita dapat rasa mana yang penting dan mana yang tak.Dengan membuat nota kita kan lebih mudah untuk recall balik semasa exam.Kita tak perlu salin semua yang ada dalam buku , tapi kita amik kepala ayat untuk dijadikan nota. Apa yang lebih penting kita hendaklah memiliki kertas soalan ramalan(spot) yang boleh didapati di kedai potostat dalam University.Apa yang dimarkkan dalam kertas tu insyaAllah masuk dalam exam.

Kalo physio..
Physio pun lebih kurang sama dengan anat.Silibus yang tak kurang hebatnya.Beliau mencadangkan kitaorg mengunakan buku yang ada color.'QUACKY BOOK' gelaran yang diberikan oleh Doc Mannan.Buku ni memang bagus, sebab penulisnya telah menyusun secara sistematik dan mudah untuk dihafal.Bukan macam buku department(macam buku novel). Kalo dekat2 exam cubalah cari kertas ramalan'GOLDEN RULES'.Memang membantu..

Kalo biokem..
Korg tak perlu hafal membabi buta.Kalo tak faham korg cubalah cari buku latihan yang dikeluarkan oleh head department(doc samia).Dengan menjawab soalan, kita akan merasa mudah untuk faham.Selain tu kita dapat mengenal uslub yang disukai oleh head department.

Kalo histo..
aku tak tanye..hafal je kot..

Begitulah tips2 yang digunakan oleh senior nih. Tips ni insyaAllah mengembalikan semngat bagi mereka yang merasa tak sempat untuk study last minute.Keberkesanannya insyaAllahlah..yang penting kita usaha.

Bagi mereka yang bersedia dari awal tahniah diucapkan, kerana itulah cara yang terbaik.Bagi mereka yang terasa dah terlambat, jangan putus asa. Jangan menyerah sebelum masuk gelanggang.Masa yang ada sekarang insyaAllah cukup...berdoalah kepadaNya supaya dipermudahkan..

'Exam bukan tujuan tetapi keperluan, kau perlu skor dalam exam untuk mencapai tujuan.Apa tujuan kamu?'--kata2 yang tertampal didinding bilik Umar Hakimin--

MUMTAZ!!!

Friday, March 13, 2009

jasa mu tetap ku kenang.

Kisah lama..

"Ayah sihat?" tanya aku."Ayah sakit, tapi masih boleh berjalan" jawab ayah dengan suara yang lemah."InsyaAllah nabil balik tahun ni.Jangan risaulah."jawab aku cuba untuk menenangkan ayah walaupun aku merasa tak sedap hati .Aku pendamkan perasaan itu dengan mengatakan"takde ape2lah".

Inilah antara perbualan kami sebelum pemergiaannya seminggu selepas itu.Itulah kali terakhir aku dapat mendengar suara ayah.Ayah selalu sihat dan jarang sekali sakit.Kalau sakit pun ,sakit2 ringan(lenguh2 sendi atau sakit tua).Ayah memang tak pernah pergi hospital kalau sakit.Dia lebih mempercayai ubatan tradisional berbanding dengan ubatan moden yang dikatakan mengandungi bahan kimia yang akan memberi kesan sampingan yg membahayakan.Itulah sebab berita pemergiaannya amat mengejutkan aku.

Antara usaha terakhir aku adalah dengan meminta pertolongan Allah S.W.T. supaya kesakitan yang ditanggung oleh ayah disembuhkan.Kami mengadakan solat hajat di RKB(rumah kelantan baru).Selepas solat hajat, aku berjumpa dengan salah seorang ustaz yang turut solat hajat pada malam itu."Berapa umur ayah kamu?"ustaz itu mengajukan soalan kepadaku."Emm...lebih kurang 70 tahun"aku menjawab dengan ragu2.Bukannya aku lupa umur ayah, tapi beginilah apabila seseorang lahir sebelum zaman jepun.Suka hati pihak pendaftaranlah nak letak umur berapa.Ustaz itu menyatakan, kalau sakit dalam lingkungan umur ayah aku ni biasanya 'tak lama'.Aku mengiyakan shj.Tak sangka kata2 tu jadi kenyataan.

Sebelum ayah meninggal, aku pernah memasang beberapa niat yang aku sangka sempat untuk aku laksanakan.Tak perlulah aku nyatakan kat sini niat tersebut.Ternyata kuasa Allah itu melebihi segala sesuatu.Aku amat berharap agar Allah menerima niat aku sebagai satu amalsoleh terhadap orang tua aku.

Rasullullah bersabda: "Apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah
segala amalan kecuali tiga perkara,sedekah jariah,
ilmu yang bermanafaat dan anak soleh yang mendoakan.


***************************************************************************

Ingatlah..

Cerita kat atas ni bukanlah untuk meminta simpati mana2 pihak, tetapi untuk remind bertapa bernilainya mereka(ibubapa).Merekalah yang berpenat lelah menjaga kita sejak dari kecil lagi.Merekalh juga yang telah mencorakkan kita sehingga kita sampai ke tahap ini.Mewarnakan dengan warna2 Islam sehingga dapat membezakan antara dosa dan pahala.

Taatilah mereka sementara mereka masih hidup.Berbuat baiklah kepada mereka sebanyak mungkin kalau taknak menyesal semasa mereka 'pergi' mcm berlaku kat aku..Tiada ruginya mentaati mereka.Apa yang dapat adalah gunungan pahala yang disediakan oleh Allah yang mana dapat kita saksikan diakhirat kelak.

Bersama-samalah kita muhasabah balik apa yang telah kita lakukan kepada kedua ibubapa kita.Mungkin perkara itu akan berulang kepada kita.Buat baik balasannya baik,buat jahat balasannya ......


p/s: entry ini dibuat untuk memperingati arwah yang genap setahun meninggal dunia pada hari ini.

AL-FATIHAH..







Saturday, March 7, 2009

bangga dan inferior..

Selepas penat menunggu,hampir sebulan,result untuk exam midterm keluar juga akhirnya. Semua pelajar nampaknya tak sabar menantikan detik tersebut yang merupakan detik yang tak kurangnya penting dalam menentukan semangat seseorang samada bertambah atau berkurang.Apa yang diharapkan adalah bertambah.

Ada yang markah tinggi dan ada yang rendah.Itulah situasi biasa yang dapat dilihat setiap kali result diumumkan.Yang tinggi dengan senyum riang dan yang rendah ...(paham2).

Apa yang aku banggakan adalah result ahlibait(housemate) aku,Idris(nama sebenar) yang mendapat pencapaian yang tertinggi untuk exam kali ini.Ijud pun apa kurangnya, kedua tertinggi.Ihsan pun lebih kurang sama je.Apa yang menyedihkan ialah markah aku yang paling teruk berbanding diaorang.Inferior pun ada.


my housemate and i.


Pegangan aku sekarang 'yang lepas tu biarkan berlalu'.Yang mendapat markah yang baik jangan lupa untuk bersyukur kepada Allah dan kekal prestasi tersebut. Yang kurang baik bersabarlah, dan jangan lupa rahmat Allah itu luas,lebih luas daripada langit dan bumi.Banyakkanlah berdoa kepadaNya.


firman Allah 'jika kamu mengira nikmat Allah nescaya tak terhitung'


Fokuslah apa yang berada dihadapan kita(final exam).Tingkatkan usaha dan tawakkal kepada Allah.SEMOGA BERJAYA SEMUA!!


Tuesday, March 3, 2009

nasiblah..

player1: Bila kita nak berlatih?
player2: Entahlah Labu...
player3: Malam Isnin ngan Rabu aku ada kerjalah...
player4: Apa kata malam Selasa?
player5: Sorrylah aku sibuk malam tu...
player6:..........
player7: .............
player8:..............


Mungkin sekarang ni semua orang sibuk study untuk final exam. Tapi aku terpaksa menambah kesibukan dengan satu lagi subjek yg dah lama aku x revise(basketball).Hampir setahun.Maklumlah, keadaan kat sini yg penuh dengan 'facilities' dan 'kemudahan'.






gambar hiasan


Hari Jumaat ni Persatuan Perubatan ada menganjurkan hari sukan kat Mansurah. Lebih kurang 2hari lagi.Tahun ini Kaherah menghantar 2team basketball. 1st team yg kebanyakannya diwakili oleh pelajar 2nd year Cairo University dan 2 pemain dari Ain Syam University dan seorang dari Azhar University. Dalam permainan ini, keserasian(ukhuwwah) antara pemain adalah amat penting.Untuk mendapatkan keserasian ini kitaorang perlulah berlatih bersama untuk tempoh masa yg agak lama(1-2 minggu). Pening... tak tahu latihan apa yg dibuat dalam 2 hari ni untuk mempertahankan kejuaraan Cairo macam tahun lepas.


Senarai nama pemain:

player1: M. Khairul Farhan(Paan)
player2: Ihsan Hamdan(Ihsang)
player3: Amir Firdaus(Galah panjang)
player4: M. Nabil Alhanis(aku)
player5: Faaris(sempoi)
player6: Amirul Amir
player7: Khalid
player8: Ghazali


Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan kemenangan bagi kami walaupun kekurangan latihan dan dll.1st runnerup pun jadilah.
GAMBATEI!!!

Saturday, February 28, 2009

remember...

Tak habis2 dengan hina Islam.Adakah menghina Islam menjadi trend masa kini? Dimana2 pun mesti ada yg menghina Islam.Islam merupakan agama yg sempurna dan tinggi yg diturunkan kepada manusia.Beruntung bagi mereka yg diberi hidayah beragama dengan agama ini.
Mungkin kita tak merasa sangat bertapa nikmatnya beragama dengan agama Islam disebabkan kita menganutNya disebabkan keturunan.Terima dengan 'percuma'.Percuma tak percuma kita hanya dapat mengetahui dengan membaca sejarah Islam dan sirah2 Nabi.Biasanya kita akan merasakan kehilangan apabila benda tu takde.Kita akan merasa nikmat sihat apabila kita sakit.Kita akan merasa nikmat masa lapang apabila kita sibuk dan dll.
Apabila aku tonton kartun yg terbaru dalam utube tentang penghinaan Islam,aku bertanya sendiri 'apa yg aku perlu lakukan?'.Apa yg timbul adalah geram dan marah dalam hati yg akan hilang selepas beberapa hari. Inilah metamorphosis yg biasa aku lalui apabila ada yg menghina Islam.Apa nak jadi??
Tapi aku tetap yakin dengan janji Allah yg akan menjaga Agama ini sampai hari kiamat.Apa yg penting kita hendaklah menjadi penyebab kepada terjaganya Agama yg mulia ini.Semoga kita berada dalam keredaanNya.

'

Tuesday, February 24, 2009

kami budak baru belajar..

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kami budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan



Dengan tunjuk ajar beberapa blogger 'teragung' maka lahirlah blog ini yg aku pikir blog yg tercikai dikalangan blog2 yg berada didunia ini.Macam biasalah,setiap perbuatan tu ade tujuannye yg tersendiri. Walaupon tujuan aku buat blog ni kurang jelas,ttp ade beberapa point yg mungkin aku ceritakan kat laman ini terutama sekali tentang hal ehwal sekeliling aku.'Ku dgn caraku' katakan.Mungkin blog ni tak sehebat blog2 lain,ttp ape yg penting point yg hendak aku sampaikan tercapai.
Setahu aku blog adalah satu trend zaman kini yg mungkin digunakan untuk bertukar buah fikiran,mengkritik,'mencapap', dan dll..Sejauh mana kebetulannya pun aku tak tahu.Same2lah kita ikuti.
Ape yg aku harapkan, adalah tunjuk ajar drpd blogger2 yg dah lame berkecimpung(tak reti nak eja) dalam dunia blog .Cukuplah setakat ini sebagai preface atau permulaan bagi blog nih.Semoga kita dirahmatiNya.