Tuesday, April 7, 2009

terima je lah..!

Seringkali istilah 'seksi' ini dikaitkan dengan wanita. Apabila ada akhawat atau perempuan yang memakai pakaian ketat yang menampakkan bentuk tubuh, istilah seksi adalah tepat bagi mereka. Lelaki yang terpandang kepada mereka yang berpakaian begini biasanya tak akan melepaskan peluang untuk menjamu mata untuk kali yang kedua. Tapi bukan semua lelaki macam itu.

Bagaimana pula dengan istilah lelaki seksi? Dimana letaknya keseksian lelaki? Adakah istilah seksi ini sesuai untuk lelaki? Penilainya tak lain tak bukan adalah WANITA .Wanita beriman.

Baru-baru ini di akhir kelas histo Medad mewakili pihak akhawat memberi sedikit teguran mengenai cara pemakaian lelaki yang dikatakan agak seksi. Katanya lelaki sejak kebelakangan ini semakin berani mengenakan pakaian yang agak ketat(fit) sehingga menampakkan 'something' yang patut ditutup. Keadaan dalam kelas agak gamat dan terdengar 'sok-sek' yang tak berpuas hati. Tambah Medad lagi, kita hendaklah berlapang dada dalam menerima teguran sebegini.

Aku sempat meminta pendapat beberapa ikhwah mengenai perkara ini:

ihsang:
Terkejut jugak bila dengar macam tu. Tak sangka ada jugak istilah lelaki seksi ni. Tergelak aku bila dengar. Ok, back to the main question. Bagi aku, lelaki ini dikatakan seksi apabila bajunya agak ketat dan singkat. Seluar pulak, londeh. Bila kedua duanya digabungkan, yakni baju singkat dan seluar londeh, maka bila sujud nampak la apa yang tak sepatutnya dilihat. Pepaham je la.

saufi:
Elok juga kita (ikhwah) raikan juga pendapat akhawat ni, demi kemaslahatan bersama, bukan ikut kepala kita je. Biarpun umum tahu aurat lelaki itu bagaimana, namun amatlah molek jika disempurnakan lagi pemakaian kita. Pakai seluar, jangan terlalu ketat, pakai baju pun sama dan lagi molek dilabuhkan lagi. Lagi, pakaian jangan menjolok mata akhawat! Iyelah, kita tengok akhawat pun terliur, takkan akhawat tengok kita neutral je kot? Jagalah muamalat sesama kita.

nabil:
Aurat lelaki mengikut pandangan Islam adalah dari pusat hingga ke lutut. Hanya bahagian itulah yang patut ditutup oleh lelaki. Tetapi Bukan itu masalahnya. Kita hendaklah mengambil kira dari segi akhlak muslim. Memanglah kalau lelaki menutup dari pusat hingga ke lutut dah dikira tak berdosa, tetapi adakah perlu lelaki mendedahkan bahagian lain yang berada ditubuh mereka?. Akhlak adalah masalah utama. Bukankah Nabi Muhammad diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia seluruhnya?

Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Bagi aku, nilai seseorang itu berdasarkan akhlak yang ditunjukkan dan diamalkan, termasuklah cara berkomunikasi, berpakaian, tingkah laku dan dll.

Apa boleh buat, kita hidup sebagai hamba kenalah taat kepada tuannya. Kalau tuan kita hendak begini, beginilah kita buat. Kalau tuan kita hendak begitu, begitulah kita lakukan. Semua hukum yang ditetapkan oleh Allah itu bukanlah untuk membebankan kita, tatapi ada hikmah disebaliknya.


****************************************************************************************

INGATKANLAH KAMI..

Terima kasih kepada mereka yang sudi dan berani menegur. Berani menyatakan kebenaran dan sudi menjadi 'cermin' kepada kami. Kepada yang ditegur terimalah dengan hati terbuka dan jangan melenting walaupun perkara itu tidak bersesuaian dengan nafsu kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah mengasuh nafsu supaya selari dengan apa yang dikehendaki oleh Maha Pencipta.

Seseorang mukmin merupakan cermin kepada mukmin yang lain.

"syadidlah ustaz ni.."
"syadidlah mamat ni.."

Apabila ada ustaz atau alim ulamak yang menyatakan hukum berdasarkan nas2 daripada Al-Quran dan Al-Hadith tentang sesuatu perkara, biasanya ada je manusia yang yang tak berpuas hati dan membantah dengan membawa dalil2 berdasarkan nafsu mereka. Yang dibimbangkan adalah, dalil2 itu diguna pakai oleh sesetengah orang yang kurang arif dalam ilmu agama. Sesat dan menyesatkan.

Kepada mereka yang mempunyai ilmu agama, tolonglah amanah dalam menyampaikan ilmu kepada kami. Apalah nasib kami sebagai pelajar medic yang tak berkesempatan dalam mendalami ilmu ini (agama) walaupun dalam hati kami ini tersimpan satu keinginan yang besar dalam menguasainya. Ustaz2lah rujukan kami sebagaimana ustaz2 yang akan menjadikan kami sebagai rujukan dalam bidang perubatan. Kalaulah kami tak amanah dalam perkara ini bukankah naya dibuatnya.begitulah kami...

Sama2lah kita memperingati antara satu sama lain supaya kebahagian diakhirat yang diimpikan menjadi kenyataan. Bersabarlah dalam mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya kerana hidup kita sebagai mukmin didunia ini diumpamakan hidup dalam penjara.

Allah berfirman:
Wahai orang2 beriman! bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran kamu
dan bersiap sedialah(diperbatasan negeri kamu) dan bertaqwalah kepada
Allah semoga kamu berjaya.-3-200-

p/s: penulis bukankalah insan yang sempurna. salah silap harap maaf.