Thursday, April 21, 2011

antara permata dan kaca..(dilema)

video

Lihatlah,panorama dunia

Wanita bagaikan hilang rasa malunya

Maruah yang menjadi maharnya

Tergadai sia bagai tiada berharga

Dimanakah budinya

Dimanakah akhlaknya

Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya

Santun tiada lagi, nafsu memimpin hati

Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi

Kepada asal fitrah kejadianmu

Dicipta untuk dihormati

Sentiasa diredhai tuhan pencipta

Kembali kepadaNya, juga pada RasulNya

Pasti dihadirkan taufik dan hidayahNya

WANITA…

Kembalilah kearah kemuliaan

Contohi peribadi ummul mukminin

Rasulullah dijadikan suami

Tertawan kerna keluhuran pekerti

Bukan kerana harta, bukan kerana nama

Tetapi kerana budi yang disanjungi

Kembalilah

Wanita perhiasan dunia

Bagai kilau permata diantara kaca

Sayangnya makin pudar cahaya

Hingga tiada lagi beza diantaranya


P/S- baru selesai isi borang beitmuslim (UBM) kali yg ke __?

jadilah pembantu kpd kami

Wednesday, April 20, 2011

man ana?


Alhamdulillah a’laa kulli nikmat.

Dua hari lepas, kami belajar topic yang best drpd subjek forensic medicine. Sebelum ini kami hanya dengar sahaja orang itu kena,orang ni kena. Tapi kali ini kami belajar cara yang betul macam mana nak seksa orang. Kadang2 kita tak pernah terfikir macam manalah ‘orang’ boleh cipta seksaan yang pelik-pelik kepada ‘orang’. Mungkin itu sudah tugas mereka. Topic yang kami belajar ialah “Torture methods and device”.

Pelbagai kaedah yang digunakan untuk torture. Physical torture, psychological torture, sexual torture dan medical torture.

Berikut adalah physical torture yg kami belajar:

beating


High-voltage electric shock batons


falanga or falaka


psychological torture


Banyak persoalan yang bermain di otak:

· adakah torture itu sekadar terkena kepada orang yang terdapat dalam gambar diatas sahaja?

· Mungkin inilah torture yang dilalui oleh pejuang-pejuang Islam.?

· Pernah tak terfikir yang seksaan-seksaan tersebut mungkin akan terkena pada kita?

· Adakah kita sanggup menghadapinya?

· Man ana?(siapa saya?)


Man ana?

Soalan ini bukan ditujukan kepada orang lain. Orang lain tak perlu jawab soalan tersebut. Hanya kita sahaja yang mampu jawab. Mungkin orang lain kita boleh tipu,tetapi adakah kita sanggup menipu diri sendiri?

Mungkin pelbagai gelaran yang kita boleh gelarkan kepada diri kita. Pejuang, daie, penyambung rantai perjuangan, ghuraba’, ansoorullah, dan lain2. Gelaran2 yang dilabelkan kepada diri kita itu amat berpadanan hanya apabila kita memenuhi krateria2 yg sesuai dengan gelaran2 tersebut. Hampir semua pejuang-pejuang Islam dikenakan torture yang teruk.


As-Syahid Sayed Qutub


Ustaz Mustafa Masyhur


As-Syahid Imam Hasan Al-Banna


Antara sifat-sifat yang perlu ada adalah:

1. Mencintai Allah

2. Allah mencintai mereka

3. Bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman

4. Bersifat keras dengan orang-orang kafir.

5. Berjihad dijalan Allah

6. Tidak takut kepada CELAAN orang yang suka mencela.


Perjuangan sahabat.


Adakah kita Bilal bin Rabah.

Bilal adalah antara sahabat yg paling hebat torture yg terpaksa dihadapinya, demi mempertahankan iman yg membara terhadap Allah. Bilal pernah dilletakkan di tengah padang pasir yang panas dan dalam masa yang sama diletakkan batu yang besar diatas dada beliau. Apa yang keluar daripada mulut bilal adalah “ahad,ahad”. Kalau sesiapa yang pernah ketanah arab,maka mereka akan tahu kepanasan padang pasir diwaktu matahari terik. Maka memang patutlah Rasulullah SAW sudah mendengar tapak kaki Bilal dalam syurga semasa didunia lagi.man ana?


Adakah kita Khabab Al A’rad

Khabab merupakan antara sahabat yg awal masuk Islam selepas kerasulan. Jumlah orang yang masuk Islam pun amat sedikit dan terdiri daripada orang2 miskin dan lemah. Peluang inilah yg di ambil oleh pihak berkuasa jahiliyyah untuk menyeksa orang yang beriman. Dikatakan Khabab pernah dicampak diatas bara api sehingga padam bara api tersebut dengan lemak2 dan darah yang keluar. Bayangkan. Sehinggakan Khabab pergi berjumpa Rasulullah untuk mengadu tentang seksaan yang dihadapi. Antara permintaan Khabab semasa berjumpa Rasulullah adalah:

“Adakah kamu tidak meminta pertolongan dengan Allah?”

“Adakah kamu tidak berdoa kepada kami?”


Lalu Rasulullah SAW menceritakan bagaimana siksaan yang lebih teruk telah dilalui oleh umat yang terdahulu iaitu kepala mereka digergaji sehingga terbelah dua. Jika kita lihat, bagaimana keadaan Khabab semasa beliau mengadu kepada Rasulullah SAW? Dikatakan, ada sahabat-sahabat yang menangis semasa memandikan jenazah Khabab kerana belakang Khabab bukan macam orang lain disebabkan kesan daripada siksaan yang dikenakan keatas beliau. Man ana?

Kalau nak diceritakan siksaan-siksaan yang ditanggung oleh para Nabi dan orang-orang yang terdahulu mungkin ruang ini tidak mencukupi. Seksaan-seksaan yang ditanggung ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh mereka mengatakan TUHAN KAMI ADALAH ALLAH dan menyeru untuk MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH.


Kemampuan bukanlah satu persoalan dalam menyampaikan agama Allah dan menegakkan kebenaran. Soalnya adakah kita sanggup menyahut seruan Allah?


“adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepada kamu(cubaan) seperti orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan dan goncang, (dengan berbagai cubaan), sehinggakan Rasul dan orang-orang beriman bersama mereka berkata, ‘bilakah akan datang pertolongan Allah?’ Inagatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat”

Al-Baqarah-214-


“sekiranya(yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka akan mengikuti kamu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama)Allah ‘jikalau kami sanggupnescaya kami berangkat bersamamu’.Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang berdusta.

At-Taubah-42-


Wahai Ansoorullah besedialah untuk menghadapi kehinaan dan penderitaan. Ingatlah Allah akan bersama orang yang bersabar.


“ Jika jamaah Islam itu merupakan satu jamaah yang sentiasa mencari jalan supaya tidak dicela orang ataupun yang hanya mencari helah supaya tidak ada tekanan atau penindasan, maka jamaah Islam itu perlu dipertikaikan kewibawaannya sebagai sebuah jamaah Islam. Mana-mana jamaah Islam yang tidak ditekan atau ditindas atau berhadapan dengan ribuan permasalahan yang gawat, maka ini menandakan bahawa jamaah itu tidak betul dan perlu mengusul periksa kembali tentang jalan dan kaedah perjuangan yang dilaluinya. Mereka mesti menghitung dan memeriksa diri mereka sendiri untuk memperbaiki kesilapan yang sedang tenat menghambat perjalan gerakan jamaah itu. Walaupun mungkin mereka dapat mengemukakan hujah dengan menggunakan kebijaksanaan semata-mata, tetapi adakah kebijaksanaan mereka dapat mengatasi kebijaksanaan generasi gemilang yang dibentuk oleh Rasulullah SAW yang menghadapi suatu siri ujian dan tekanan yang maha dahsyat”

Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



Maka apakah gelaran yang sudah kita hadiahkan kepada diri kita? sudahkah kita bersedia? Adakah kita sanggup?

“Ya Allah sesungguhnya kami tak mampu menghadapi segala rintangan melainkan dengan kekuatan yang engkau kurniakan”

“Ya Allah kurniakanlah kepada kami HIDAYAH sebagaimana orang yang telah engkau kurniakan HIDAYAH”

MAN ANA?