Thursday, April 21, 2011

antara permata dan kaca..(dilema)

Lihatlah,panorama dunia

Wanita bagaikan hilang rasa malunya

Maruah yang menjadi maharnya

Tergadai sia bagai tiada berharga

Dimanakah budinya

Dimanakah akhlaknya

Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya

Santun tiada lagi, nafsu memimpin hati

Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi

Kepada asal fitrah kejadianmu

Dicipta untuk dihormati

Sentiasa diredhai tuhan pencipta

Kembali kepadaNya, juga pada RasulNya

Pasti dihadirkan taufik dan hidayahNya

WANITA…

Kembalilah kearah kemuliaan

Contohi peribadi ummul mukminin

Rasulullah dijadikan suami

Tertawan kerna keluhuran pekerti

Bukan kerana harta, bukan kerana nama

Tetapi kerana budi yang disanjungi

Kembalilah

Wanita perhiasan dunia

Bagai kilau permata diantara kaca

Sayangnya makin pudar cahaya

Hingga tiada lagi beza diantaranya


P/S- baru selesai isi borang beitmuslim (UBM) kali yg ke __?

jadilah pembantu kpd kami

3 comments:

[MH] said...

salam. boleh la tick bahagian 'untuk diproses'.

semoga bertemu dgn bakal permaisuri hati

nabil alhanis said...

moga2 dipermudahkan~amien

musegalo said...

nabil,
tu wakil beit muslim da bg sign,
yang akhawat beratur nk tunggu borang mu diproses..

hehe