Thursday, February 25, 2010

mencuba untuk membuktikan..

Masihkah kita ingat apakah kalimah2 yang Rasulullah S.W.A ucapkan disaat kewafatan baginda? Apakah kita tahu dan faham lafaz tersebut. "ummati, ummati". Ini menggambarkan bertapa sayangnya Rasulullah Kepada umatnya hatta disaat kematian pon masih mengingati kita yang masih kabur dalam menyayangi baginda dan meneruskan perjuangannya. Tapi adakah kasih sayang yang ditunjukkan ini kita akan balas balik dengan kasih sayang ataupon dibalas dengan perkara sebaliknya.

Walaupon ucapan kasih sayang amat mudah diucapkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengucapkananya, tetapi berapa ramai yang mampu membuktikannya? aku pon tak mampu...

Sebagai contoh orang yang bercouple atau mempunyai kekasih jantung, mereka rela menghabiskan wang atau masa demi memenangi hati kekasihnya.
Apabila tiba harijadi kekasih, mereka mulalah risau dan memikirkan hadiah apakah yang akan dihadiahkan kepada kekasihnya. Apabila kekasihnya sakit, mulalah tak lena tidur dan terus membelikan ubat dan sebagainya. Inilah tanda seseorang yang sedang berkasih sayang. Bak kata lagu2 melayu :

lautan api sanggup aku renangi




Maka kesimpulannya, sesiapa yang mengatakan cinta mesti membuktikannya. Buktikan dengan apa jua cara sekali pun. Rasullullah telah membuktikannya. bilakah kita?? buktikanlah semampu yang boleh.


katakanlah (Muhammad), 'Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.
Allah maha pengampun dan maha penyayang'
Ali-'Imran-31-

Saturday, February 6, 2010

kahwin...Alhamdulillah

Nampaknya perancangan batch gen06, untuk mencapai target bujang sifar 2012 secara praktikalnya disambut baik. Mana taknya setiap kali aku dengar ada orang nak kahwin, mesti ada wakil dari gen06. Dengki pun ada.haha. Semalam seorang akhawat,kak Naimah dari gen06 melaksanakan perancangan yang dirancangkan oleh batch mereka. Aku memang akui batch mereka kebanyakannya matang2. Tapi bukan bermakna gen lain tak matang, mungkin lebih matang atau kurang. Aku nak cakap panjang pasal kahwin pun tak pandai. Rukun kahwin pun tak lengkap.

Aku teringat kata2 Syeikhuna Nuruddin AlBanjari AlMakki semasa belajar kitab nasaih diniah


kebanyakan syeikh2 kita berkata
"kalaulah aku tahu kahwin awal itu memberi banyak kebaikan nescaya aku akan kahwin sejak tahun satu lagi"



Syeikh mengatakan kebanyaknn syeikh2 kita disini yang berkahwin semasa belajar lebih cemerlang dalam pelajaran dan syeikh Nuruddin juga menceritakan kisah2 ulamak yg terdahulu mencapai kecemerlangan apabila mereka berkahwin. Memang tak dapat dinafikan kahwin awal itu banyak kebaikan. tetapi bergantunglah kepada keadaan seseorang itu.So fikir2kanlah apakah keadaan kita sekarang.perlu ke tidak??





tenang menanti..








kak Naimah dan abg Israk




gen6 yg kebanyakannya dah berpunya.


jejaka gen7 bersedia untuk ditakdim







antara Ajk yg bertungkus lumus




Bagi mereka yang dah berpunya teruskanlah step seterusnya.Bagi mereka yang yg masih single bait muslim sedia utk membantu anda.

'maka kahwinlah wanita2 yang kamu senangi dua, tiga atau empat.
jika kamu takut tidak berlaku adil
maka kahwinilah seorang...
An-Nisa'-3-


cuti2...

Best ke habis exam?? Macam biasalah setiap perkara ada pro dan connya. Bergantunglah kepada seseorang tu. Bagi mereka yang suka melancong dan bersiar2 di bumi yang indah ni, mereka rela menghabiskan beribu2 dolar untuk menunaikan minat mereka.Tapi biar tentu duit yang dihabiskan tu mendapat pulangan yang berbaloi dari pelbagai aspek. Bukannya sekadar ambik gambar dan letak dalam facebook atau blog, supaya orang tau kita dah menjejakkan kaki ke tempat tu.hebat tak?? Tapi kalau dah tujuan tertentu, silakanlah. bumi Allah ni luas. Tapi bagi akhwat atau perempuan yang ingin bersiar2 keluar negara, biarlah anda tentukan status anda sebelum keluar.kahwin ke belum? ada mahram ke tak? selamat ke tak?.Benda ni bolehlah dirujuk kepada orang yang lebih tahu. Aku pon pening.? Jangan tanye aku.

Kalau yang suka ilmu agama pulak, kalau boleh setiap majlis ilmu yang ada kat mesir ni mereka nak hadiri. baguslah. Tapi jangan lupa tanggungjawab kita dengan sahabat2 , family, jiran2 dan dll. pandai2lah bahagi masa.

Tapi ada jugak mememilih untuk menghabiskan masa cuti kat rumah. surf internet, marathon cerita korea, memasak, tidor, main game, baca buku, dan macam2 lagi yang boleh dilakukan dirumah. Aku sebenarnya cukup pelik bagi mereka yang minat gila2 cerita korea. Apa yang ada dalam ceritu tu, aku pon tak tau.Sampaikan bila sampai scene yang sedih2, yang kat luar computer ni pulak yang menangis. hafal vocab2 korea. Bertukar pandangan dengan kawan2 tentang cerita korea.

Apa2 pon sama2lah islah diri, supaya hari ini lebih baik drpd esok dan lusa lebih baik darpd esok.
Kepada 3rd sekolah perubatan,cutilah betul2 sebab 2nd term ni adalah tempoh masa yang amat menyeramkan seperti yang diperingatkan oleh doc pharma.





gen007-2010-






housemate