Walaupon ucapan kasih sayang amat mudah diucapkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengucapkananya, tetapi berapa ramai yang mampu membuktikannya? aku pon tak mampu...
Sebagai contoh orang yang bercouple atau mempunyai kekasih jantung, mereka rela menghabiskan wang atau masa demi memenangi hati kekasihnya.
Apabila tiba harijadi kekasih, mereka mulalah risau dan memikirkan hadiah apakah yang akan dihadiahkan kepada kekasihnya. Apabila kekasihnya sakit, mulalah tak lena tidur dan terus membelikan ubat dan sebagainya. Inilah tanda seseorang yang sedang berkasih sayang. Bak kata lagu2 melayu :
lautan api sanggup aku renangi
Maka kesimpulannya, sesiapa yang mengatakan cinta mesti membuktikannya. Buktikan dengan apa jua cara sekali pun. Rasullullah telah membuktikannya. bilakah kita?? buktikanlah semampu yang boleh.
katakanlah (Muhammad), 'Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.
Allah maha pengampun dan maha penyayang'
Ali-'Imran-31-
nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.
Allah maha pengampun dan maha penyayang'
Ali-'Imran-31-
No comments:
Post a Comment