Friday, March 19, 2010

dimanakah sifat itu?




Dimanakah sifat itu? Telah hilangkah fitrah yang telah dihadiahkan oleh Allah itu? Atau pun mereka tak sedar bahawa tabiat itu sepatutnya digunakan pada tempatnya? Atau kamu sengaja ketepikan sifat itu supaya dapat merasai nikmat yang sementara ini?

MALU merupakan aspek yang terpenting yang sepatutnya dimiliki oleh semua manusia terutama wanita. Wanita boleh dikatakan sinonim dengan sifat malu. Sejak kecil lagi sifat malu telah terserlah daripada perempuan. Memang betul. Budak perempuan memang susah didekati. Apabila kita cuba untuk mendekatinya , dia akan menyorok atau sembunyi dibelakang emak atau ayahnya.




Tetapi apabila mereka mula membesar sifat ini nampaknya semakin hilang sedikit demi sedikit. Adakah mereka lupa sifat itu telah menghiasi dan berjasa kepada diri mereka dari sejak kecil?

Boleh dikata setiap hari dada akhbar memaparkan fenomena negatif yang rancak berlaku terutama dinegara kita yamg melibat wanita. Rogol, terlanjur, suka sama suka merupakan situasi yang 'wajib' berlaku dimana2, tak kiralah di sekolah menengah, intitusi pengajian tinggi mahupun di peringkat awal sekolah rendah. Tahap akademik seseorang bukanlah skala yang boleh dibuat ukuran.

Kadang2 malas nak baca akhbar sebab asyik baca benda sama je setiap hari. Seumpama masyarakat sudah membudayakan perkara tersebut. Inilah keadaan yang berlaku di negara "ISLAM" Malaysia tercinta.

Sedarlah wanita janganlah mudah percaya dengan kata2 lelaki yang bersalut madu tetapi berintikan hempedu. Janganlah amalkan thiqah(percaya) tak bertempat. Lelaki pulak janganlah ambil kesempatan atas kekurangan sifat wanita. masing2 akan dibalas kelak.

'kerana dirimu begitu berharga'

2 comments:

firdaus salsabil said...

slm,bleh nk tany pendpt?
ape pendpt saudara kalau ade org mengatakan,perempuan xpakai tudung xpe janji berakhlaq..

(firdaus-salsabil.blogspot.com)
follow 4 the sake of dakwah

faisazli said...

Salam...sori abe bil mencelah sikit..
apa definisi 'brakhlak'?
krn bertudung itukan juga sebahagian dari akhlak diajar Islam..

p/s:maaf jika menyampuk saudara firdaus.dan soalan juga dibalas soalan.maaf lg.
prkongsian pndapat moga brmanfaat.