Wednesday, December 15, 2010

untukmu PERUBATAN








Alhamdulillah ‘alaa kulli nikmat


Muhasabah dan penelitian balik kepada setiap apa yang telah kita lakukan amatlah penting. Perancangan masa depan amatlah bergantung kepada apa yang sudah berlaku pada hari ini dan semalam. Kadang kita rasa perancangan kita kurang mantap dan berkesan.kenapa? siapakah yang salah.?

hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab

-Sayedina Umar-

Kalaulah seseorang individu perlu merancang, tak kiralah untuk jangka panjang atau pendek, lagi2lah penting bagi sesebuah persatuan atau organisasi yang mempunyai ahli yang pelbagai latar belakang dan kemahuan untuk merancang segala pergerakan. Setiap gerak kerja atau perancangan persatuan akan melibatkan dan memberi kesan kepada seluruh organisasi samada peringkat pimpinan mahupun ahli.


Sering kali kita dengar ahli tidak berpuas hati dengan pimpinan sebab keinginan dan kemahuan mereka tidak dipenuhi di peringkat pimpinan. Pimpinan pula menyalahkan ahli yang tidak memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada mereka. Masalah dua hala antara pimpinan dan ahli selalu timbul menyebabkan gerak kerja persatuan tidak lancar. Masing2 sudah diberikan posisi untuk bekerja. Ahli dengan posisi ahlinya dan pimpinan dengan kerjanya. Ini bukan bermaksud ahli tidak boleh menegur pemimpin, tetapi ahli perlu tanya diri sendiri adakah aku sudah mencurah seluruh tenaga untuk membantu pimpinan aku.? Ahli juga perlu faham situasi sebagai pimpinan perlu mangambil kira pelbagai sudut sebelum membuat keputusan demi kemaslahatan bersama.

PERUBATAN merupakan persatuan yang terbesar dimesir yang bertanggungjawab untuk memimpin pelajar yang belajar sains kesihatan,tidak kiralah perubatan am,farmasi atau dentist. Persatuan ini yang telah wujud sekian lama, nampaknya semakin terkehadapan dalam memastikan kebajikan,TARBIYAH dan kebersamaan sesama ahli . Tidak dinafikan setiap individu ATAU persatuan ada kelemahan dan kekurangan, tetapi siapakah yang akan menyahut cabaran untuk BERSAMA2 untuk menampung kekurangan tersebut? Adakah setiap masalah akan dipikul diperingkat pimpinan sahaja? Atau ahli lari dari persatuan kerana menganggap jalan penyelesaian sudah buntu? Pimpinan dan ahli sepatutnya bersama2.

Mesyuarat tahunan kaherah (MTK) yang julung2 kali diadakan adalah medium yang telah disediakan oleh PERUBATAN untuk ahli dan pimpinan bersama2 membincangkan masalah dan penyelesaian demi kebaikan bersama.jom kita lihat apakah objektif MTK untuk kali ini:

1. Membentuk kata sepakat antara ahli dan pimpinan dalam urusan persatuan di kalangan pelajar perubatan sekitar Kaherah.
2. Menyelesaikan masalah dan isu berbangkit sekitar gerak kerja persatuan pada sesi lepas di peringkat Kaherah.
3. Mengukuhkan ikatan akidah antara ahli di peringkat Kaherah.
4. Menimbulkan rasa kebersamaman ahli terhadap persatuan.
5. Menjadi medium untuk ahli menyuarakan idea untuk sesi akan datang.


Nampaknya persatuan begitu bersungguh2 dalam memastikan keinginan ahli dipenuhi dan bersama membantu pimpinan demi merealisasikannya.

Ada sesetengah pihak yang hanya tahu mengkritik persatuan.

· Apalah pimpinan,buat kerja lembab..

· Tarbiyah tak mantap, macamana ahli nak berubah jadi baik..

· Gerak kerja tidak berhadaf?

Cuba kita tanya balik kepada golongan2 tersebut, adakah kamu sudah betul2 menyumbang kepada PERUBATAN samada dari segi idea mahupun tenaga kerja? Adakah kamu hanya tahu mengkritik tanpa bersama2 cuba menyelesaikan permasalahan yg timbul? Atau kamu memang berniat untuk memecahkan PERUBATAN?

Yang lagi teruk, bukan sekadar tidak menyumbang kepada persatuan tetapi memomokkan lagi PERUBATAN kepada org lain terutama adik2 baru yg baru berjinak2 dengan persatuan. Tiada paksaan untuk bekerja dalam PERUBATAN,tetapi adakah kamu sanggup lihat persatuan ini lemah.

Ayuhlah bersama2 memperkasakan persatuan ini demi kebaikan keseluruhannya. Ahli dan pimpinan tiada beza jika sama2 menunaikan tanggungjawab masing2. Segala tenaga dan idea yang kita sumbangkan insyaAllah akan dihitung diakhirat kelak demi mendapatkan keredaanNya.ameen~

jgn jadi badan gajah hati tikus


sayangkan anak tangan-tangankan

sayangkan bini tinggal-tinggalkan

sayangkan persatuan teruskan berjuang

******************************************************************

pilihan bijak


jiran dulu,kini dan selamanya



rakan sekolah lama
(maahad muhammadi lilbanin)




rakan sepermainan


teman seperjuangan


sila lihat nama pencadang


UNDI ANDA ADALAH PENENTU MASA DEPAN PERUBATAN

jangan lupa 24 disember 2010
hari pengundian

Saturday, December 4, 2010

berubah untukNya





Alhamdulillah ‘alaa kulli nikmat.

Mengikut kalendar Islam, beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru.Dari tahun 1431 ke 1432 hijrah.Begitu cepat masa berlalu. Nilai tahun sebnyak 1432 bermaksud sudah 1432 tahun nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah.Lebih kurang nilai itu jugak Islam yang diturunkan kepada Sayyidul Mursalin Muhammad bertapak didunia ini.

Bagaimanakah kita ingin mengaplikasikan sejarah hijrah nabi dalam kehidupan kita.?. Untuk menterjemahkannya bukanlah dengan kita pergi keMekah dan dari Mekah kita berhijrah ke Madinah.Kerana Rasulullah pernah bersabda “ tiada hijrah selepas fathul makkah”.Adakah sejarah hijrah ini sekadar catatan sejarah yang tiada erti dan tujuan? Kalau kita teliti peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat amatlah banyak pengajaran dan tauladan yang dapat kita ambil dan terjemahkan dalam kehidupan kita pada hari ini.

Pengorbanan, berani untuk berubah, ketaatan kepada Allah, cinta terhadap Rasulullah, dan ikhlas merupakan sebahagian atau setitik daripada lautan pengajaran yang dapat kita perolehi dari peristiwa hijrah tersebut.


Apa yang ingin saya sentuh adalah tentang PERUBAHAN . Walaupun saya bukanlah baik sangat, tapi apa salahnya saya mencetuskan idea untuk kita sama2 berubah. Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang menunjuk jalan kebaikan ,maka dia akan mendapt ganjaran sama dengan pelakunya.

Sebelum itu, aku ingin menyentuh tentang amalan soleh sebab perubahan yang akan kita sama2 lalui adalah berkaitan dengan perkara tersebut. Setiap amalan soleh yang dilakukan oleh orang mukmin hendaklah menitikberatkan dua elemen yang amat penting iaitu :

1. Berlandaskan syariat Islam yang betul.

2. Ikhlas niat kepada Allah.

Sebagai contoh, jika seseorang itu mencuri dengan niat yang baik(untuk menunaikan haji, bersedekah dan dll) masih tidak dikira sebagai amalan soleh sebab dia tidak memenuhi krateria pertama iaitu berlandaskan syariat.

Contoh yang kedua, jika seseorang bersedekah dengan duit yang halal ,solat ,puasa dan sebagainya juga tidak dikira sebagai amalan yang soleh jika dia tidak niatkan ikhlas kepada Allah. Kesimpulannya untuk melaksanakan perintah yang disebut dalam Al-Quran (wa’amilussholihat) hendaklah memenuhi dua item tersebut.

Riak: mencari tempat dihati manusia

-kitab kabair az-zahabi-

Kembali kepada apa yang ingin saya kongsi adalah tentang perubahan.Jika perubahan kita itu dari akhlak yang kurang baik keapada lebih baik hendaklah kita mengambil kira dua elemen tersebut iaitu mengikut syariat dan ikhlas.

Menjadi baik merupakan fitrah setiap manusia. Fitrah yang yang dimaksud adalah kemahuan atau keinginan semujadi yang wujud dalam diri setiap anak adam.Makan, minum, ingin berpasangan beragama adalah fitrah manusia.Ini bermaksud walaupun Nabi tidak diutuskan kepada kita untuk menyatakan mencuri itu haram,berzina itu tak boleh, secara fitrahnya manusia akan menolak perkara tersebut.

Saya teringat satu kisah seorang sahabat yang berjumpa Rasulullah dan menceritakan masalahnya kepada Rasulullah tentang beliau telah mengamalkan Islam(solat ,puasa,dll) tetapi ada satu perkara yang beliau tidak boleh tinggalkan iaitu berzina. Rasulullah sebagai murabbi Ummah bijak menyelesaikan masalah sahabat tersebut .Rasulullah menanyakan sahabat tersebut adakah masih mempunyai ibu?adakah mempunyai saudara perempuan? Dan nabi teruskan pertanyaan adakah kamu suka kalau ada seseorang yang bezina dengan ibu atau saudara perempuan kamu? Sudah tentu tidak suka jawab sahabat tersebut. Selepas pada itu sahabat tersebut terus meninggalkan perkara tersebut(berzina).



Ramai yang menafikan hak diri mereka untuk berubah.

untuk apa aku berubah?

Buat apa kita hendak hipokrit?

Jadilah diri kita yang sebenar.

Bagi saya mereka yang menjadikan ayat ini sebagai alasan untuk tidak berubah menjadi baik adalah tidak kenal asal usul atau fitrah mereka sebagai manusia.

Adakah kita ingat yang kita pernah berjanji kepada Allah? Sudah tentu tiada dalm kotak memori kita, sebab perjanjian tersebut berlaku semasa kita di alam ruh.Kalaulah kita tidak mampu mengingati apa yang telah kita lakukan semasa umur setahun, apatah lagi semasa kita di alam ruh. Alhamdulillah dengan rahmat Allah kita dapat menatapi balik perjanjian kita dengan Allah di dalam Al-Quran.

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu mengeluarkandari sulbi(tulang belakang)anak cucu adam keturunan mereka(seraya berfirman), “bukankah aku ini tuhan kamu?” mereka menjawab, “betul (engkau tuhan kami), kami bersaksi.” (kami lakukan yang demikian itu), agar di hari kiamat nanti kamu tidak mengatakan, “sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini”.

-al-‘araf 172.

Kita mesti faham, apabila kita sudah berjanji untuk menjadikan Allah sebagai tuhan, ini bermaksud kita bersedia untuk melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.Segala apa yang termaktub dalam Al-Quran hendaklah kita laksanakan samada dari segi ibadah,muamalat,politik dan sebagainya. Apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan secara automatik kita telah merelakan diri kita digelar sebagai hamba.

العبد لا كلام له

-hamba tiada percakapan baginya-

Apabila Allah suruh pakai tudung kita tiada hak bertanya kenapa aku perlu pakai tudung? Apabila Allah suruh tutup aurat maka tiada hak untuk kita mempersoalkan.Apabila Allah peirntah untuk melaksanakan hokum Islam maka wajib bagi kita lakukan.Segala apa yang membawa kepada melaksanakannya turut menjadi wajib.

Adakah kita mengakui yang kita ini umat Nabi Muhammad dan mencintai Nabi Muhammad tetapi kita tidak melaksanakan segala perintah Allah yang terdapat dalam Al-Quran. Sedangkan akhlak Rasulullah itu sendiri adalah Al-Quran.

Seperti mana yang diceritakan oleh Ummul Mukminin Saidatina Aisyah apabila ada sahabat yang datang bertanyakan tentang akhlak Rasulullah.Saidatina Aisyah menjawab bahawasanya akhlak Rasulullah itu adalah Al-Quran. Kita boleh katakan nabi adalah :

القران يمشى بين الناس

-Al-Quran yang berjalan di kalangan manusia-

Fitrah sebagai manusia pasti ingin melasanakan perintah Allah dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad .

Walaupun saya tidak pakai tudung,solat saya tidak pernah tinggal. Walaupun saya berzina,puasa sunat menjadi amalan saya.Walaupun saya mencuri, bersedekah menjadi darah daging saya.

Berikut adalah ayat2 yang biasa kita dengar. Saya kadang2 pening. Suruhan untuk menutup aurat juga terdapat dalam ayat Al-Quran, dan suruhan untuk mendirikan sembahyang juga terdapat dalam Al-Quran.Dari satu sumber yang sama tetapi bercanggah dari segi amalannya. Adakah Al-Quran yg dibaca oleh mereka ini tidak lengkap?Adakah Al-Quran masih tidak diturunkan sepenuhnya? Jawapannya tentu sekali tidak.Al-Quran sudah lengkap dan tak akan berubah hingga ke hari kiamat. Apa yang berubah adalah minda atau fikiran mereka terhadap Al-Quran.

Adakah kamu berimah denga sebahgian kita dan meninggalkan sebahagian yang lain?

-AlBaqarah 85-

Wahai orang2 yang beriman! Masuklah kedalam Islam secara keseluruhan , dan janganlah kamu mengikuti langkah2 setan.sungguh, ia musuh yang nyata bagi kamu.

- AlBaqarah208-

Mahu tidak mahu hendaklah kita berubah.Walaupun perubahan adalah satu benda susah dan menyakitkan tetapi jika kita bandingkan dengan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah bagi mereka berbuat amal soleh maka kesakitan yang bakal dihadapi oleh mereka yang ingin berubah adalah amatlah kecil.

Janganlah kita menjadi firaun yang ingin berubah semasa nyawa sudah sampai di halkum.Janganlah kita menjadi orang2 kafir yang yang meminta dikembalikan kedunia kerana sudah yakin dengan janji Allah.

Kalau tidak mampu berubah secara pukal,buatlah secara sedikit2.janji kita berubah.sikit2 lama jadi bukit.

**********************************************




Jom bersama PERUBATAN “ KEARAH PERUBATAN YANG BARU”.Bersama2 menjadikan PERUBATAN sebagai medium untuk menyampaikan dakwah yang kita imani ini.

Kalau betul ingin berubah sila alert dengan tarikh2 tersebut.

  1. Mesyuarat tahunan Kaherah(MTK)- 17.12.2010
  2. Borang pencalonan (AJKT dan PRESIDEN) mula dijual- 3.12.2010
  3. Hari pencalonan- 10.12.2010
  4. Hari pengundian-24.12.2010


teruskan berjuang

SUARAKAN SUARA MAHASISWA ANDA

Friday, November 26, 2010

Mutiara5

Dah lama tak menulis kat laman ni.Alhamdulillah di pagi jumaat ini aku diberi peluang untuk mencoret sesuatu. Kata2 dibawah ini aku dapat dari buku (110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang 2010).

TGNA selepas solat raya Aidulfitri 2010



"Blogger ni ada yang berwatak semut yang hanya pergi ke tempat yang manis. Ada yang berwatak lalat yang pergi ke tempat manis dan juga tempat busuk. Ini kerana blogger pun manusia yang punya nafsu. Nafsu ini tidak boleh dikaji di makmal dan tidak boleh dilihat dengan mata.Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab blogger dan juga kita untuk mengawal nafsu biar selari dengan ajaran Allah S.W.T.
-TGNA-

wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpanya suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannyayang menyebabkan kamu menyesalAdd Imageatas perbuatanmu itu
-surah Al-Hujarat,ayat6-

Pastikan kita sentiasa mencari medium yang dapat mendekatkan manusia kepada Islam dan bukan sebaliknya.

medium2
  • FB
  • Friendster
  • blog
  • risalah2
  • Twitter
  • dll

"Pisau jika disalah guna pasti membawa keburukan , tetapi jika digunakan pada tempatnya pasti membawa kebaikan".

Friday, August 6, 2010

betulkan soff...

Bagi mereka yang biasa solat berjemaah dimana2 masjid di mesir, soal membetulkan sof dan merapatkannya merupakan suatu perkara yang amat besar dikalangan rakyat mesir. Dari yang berumur kanak2 sehinggalah yang tak larat nak jalan.Seumpama membetulkan sof adalah rukun solat yang wajib dikerjakan.

Kadang2 mereka menyebabkan kita rimas semasa solat.Dahlah yang tak berapa khusyuk, tambah pulak dengan cara mereka membetulkan sof lagilah bertambah "khusyuk". Selagi jari tak bersentuh jari, selagi tulah mereka akan berusaha supaya perkara tersebut berlaku. Peluang semasa rukuk memang mereka menafaatkan sepenuhnya untuk melihat jari2 samada rapat atau belum.Kalau belum,bersedialah anda untuk ditarik kaki semasa tu jugak. Kadang2 kita sudah faham,kalau jari tak rapat kami akan terus rapatkan sebelum dibetulkan oleh mereka.Kalau kita tengok dari sudut positifnya cara mereka membetulkan sof, mereka akan menyebabkan kita berwaspada dan selalu beringat untuk membetulkan sof.

Aku sudah berada diMalaysia hampir seminggu. terasa janggal pulak apabila solat dimasjid di Malaysia. Soal membetulkan sof bukanlah perkara utama bagi kebanyakan rakyat kita. Apabila imam berkata sebelum angkat takbir "betulkan sof dan rapatkan sof", mereka masih lagi berada dikedudukan yang sama. macam takde ape2 yang berlaku. kalo ade pon sekadar tengok kebawah dan tengok kedepan balik sementara menunggu imam angkat takbir.bagi aku, kalo 1-2 inci tak rapat bolehlah dimaafkan. ni sampai satu hasta,aduih.

Ape boleh buat,kalaulah aku macam orang mesirkan bagus. Tak kira sape, mereka tetap betulkan. Kalau difikir2 balik patutlah Al-Quran diturunkan dalam kalangan masyarakat Arab.Kalaulah diturunkan dalam kalangan melayu yang agak "pemalu" tak tahulah apa nak jadi. Mungkin mengambil puluhan tahun untuk mengislamkan rakyat Malaysia.

Mungkin kita sebagai pelajar2 mesir boleh menjadi teras untuk menghidupkan biah2 yang baik yang kita dapat kat mesir. walaupun kita kurang selesa dengan cara orang mesir mentarbiah kita, mungkin itulah yang menyebabkan kita menjadi lebih baik, penyabar dan dll.

mesir ardul kinanah, ardul anbiyak, ummu dunia.


-hanya pandangan penulis-
************************************************************************************

p/s : -biasakan yang betul,betulkan yang biasa.

-semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna drpd Ramadhan sebelum2nya.


kelantan ku..









Sunday, July 18, 2010

downy..

Semalam aku dan salah seorang daripada ahli rumah F4 sempat singgah di kedai Rejab&Son atau aulad regab (dalam bahasa arab mesir) untuk membeli barang keperluan. Kedai ini menyediakan pelbagai barangan keperluan semasa seperti makanan,barang kosmetik, barangan elektrik dan dll. Walaupun kedai ini tak se'gah' pasaraya Spinney atau Carefour,tetapi barangan yang disediakan sudah mencukupi untuk memenuhi citarasa pelanggan yang "biasa2" macam aku.

Macam biasa2 berlaku, tujuan asal untuk membeli kipas menjadi pilihan terakhir.Benda2 lain yang kurang penting pulak yang menjadi priority.Aishh. Dipintu masuk kedai ini disediakan bakul dan troli untuk memudahkan pelanggan membonceng barangan yang hendak dibeli ke kaunter pembayaran.Kali ini bakul menjadi pilihan aku, sebab barangan yang dirancang untuk dibeli berkuantiti sedikit.sedikit?

Setelah lebih kurang setengah jam memilih barangan yang hendak dibeli, akhirnya kami berdua berijtihad untuk menggunakan troli memandangkan troli lebih mesra alam dan mudah dikendalikan berbanding bakul yang perlu dijinjing bersama daya tarikan graviti yang menyeksakan. Apabila sampai di bahagian sabun menyabun, mata aku terpandang kearah botol yang berwarna biru yang terdapat gambar budak akhawat sedang berselimut dengan tuala mandi dan tertera perkataan "DOWNY".



pelbagai jenis haruman yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masing2.valley dew menjadi pilihan aku untuk kali yg...baunya boleh tahan.


Dah lama aku tak menggunakan bahan pelembut dan pewangi fabrik ni. Seingat aku, last time aku menggunakan downy ialah sebelum exam midterm, lebih kurang enam bulan yang lalu.selepas daripada tu aku menggunakan downy tiruan yang dijual di kedai yang kami gelarkan kedai "sagof" atau kedai "makki" .harganya yang jauh lebih murah(5junaih sekilo) menyebabkan kami menggunakan barang tiruan tersebut walaupun banyak kecacatan.Antara kekurangan downy tiruan ialah baunya tak dapat bertahan lama.bukanlah macam downy ori yang mampu bertahn sehingga 7 hari seperti dalam iklan kat Tv.

Apalagi, aku balik dengan semangat baru untuk basuh baju dengan downy.selepas basuh dan dijemur, baju dilipat dengan rapi. Baju yang dibasuh dengan downy diletak dalam almari bersama baju2 aku yang lain yang dibasuh dengan sabun biasa tanpa downy. Sebenarnya baju2 yang tidak dibilas dengan downy sudah cukup harum dengan bauan sabun,tetapi masih cukup jauh jika dibandingkan dengan baju yang dibasuh dengan downy.Antara kelebihan downy ialah, beliau mampu mewangikan baju2 lain apabila diletak bersama2.bukan setakat baju, bahkan satu almari turut berbau haruman downy.

************************************************************************************

istifadah
  1. pastikan tujuan yang dirancang tercapai.
  2. jadilah pewangi yang dapat mewangikan orang lain.@ jadilah soleh(baik) yang musleh(memperbaikan) orang lain.
  3. berkawanlah dengan orang yang baik2 dan soleh supaya kebaikannya berjangkit kpd kita
  4. gunalah downy untuk melembutkan (memondankan) dan mewangikan baju anda. :D

jika kamu berkawan dengan penjual minyak wangi
badan kamu turut berbau wangi
dan jika kamu berkawan dengan pembuat besi
badan kamu juga turut berbau besi.

Friday, July 2, 2010

selepas exam?

kaba-kaba(sedar tak sedar dalam bahasa kelantan)dah habis final exam. tanda berakhirnya secara rasmi pengajian tahun 3. walaupun exam riten aku takdelah hebat sangat kalau nak dibandingkan dgn kawan2 aku yang lain, tapi atleast kertas jawapan aku berconteng dgn dakwat pen.alhamdulillah.

bila dah habis exam banyak pro dan connya. masing2 mula sibuk dgn hal tersendiri.ada yang balik awal kerana rindukan keluarga dan org yg tersayang,ada yang mula melangkah mencari guru2 utk belajar ilmu agama,dan 'mungkin' ada jgk yg tak tahu nak buat apa.duduk kat rumah sambil melepaskan batuk ditangga.pikirlah yang terbaik utk diri sendiri.

antara perkara yg selalu bermain difikiran aku selepas exam adalah berat badan. faham2lah, musim exam adalah waktu yg terbaik utk menambah kandungan lemak tepu yang berada diperut dan tempat2 berkumpul lemak. sejak exam riten, banyak aktivitas luar aku terganggu.otak mula pusing. tambahan pulak ade sorang yg tinggal umah aku yg rajin masak. beliau bukanlah ahlibait aku,tapi selalu lepak bersama kami. kerajinan beliau menyebabkan nafsu makan aku meningkat secara mendadak. yang selama ni makan sesenduk nasi, bertambah menjadi 2 senduk paling kurang.XD

resepi ala2 malaysia, merupakan pilihan beliau utk dihidangkan.terbalik pulak sepatutnya kami yang menghidang kpd tetamu tapi takpelah kerajinan seseorang tak boleh disekat.ini bukan bermakna kami tak rajin, tapi beliau lebih sedikit berbanding kami.(ayat backup)

setiap makanan yg di'wish' akan tersedia
apalah nasib aku


nasi ayam

ayam masak cis!



telur dadar bercis+mushrum


ikan masak merah+sotong rangup+telur ape ntah+nasi berwarna kuning.




chickenchop


berpicnic di azharpark




berat badan sebelum dan selepas exam perlu dimuhasabah balik.kalau baca buku2 pathology banyak penyakit disebab oleh berat badan berlebihan. badan nak guna lama beb.kahwin pon tak lagi. kalau muda2 dah ada 2-3 penyakit, tak tahulah kalau dah berumur.

ramai yang tak sedar kesihatan merupakan aset yg paling penting dalam kehidupan.kebanyakannya bangun tidur,dan badan terasa sihat jadilah.tak kisahlah perut maju kedepan ke, seluar saiz 40 ke, asalkan dapat makan dan bernyawa maka bahagialah hidup. kalau badan tak sihat semua benda tergendala.mulut pun kena berpantang, dan banyak nikmat dunia yg tersedia terpaksa dilupakan.



baru2 nih aku terbaca satu artikel dalam akhbar menyatakan saiz pinggul atau perut adalah benda yang perlu dirisaukan berbanding dengan berat badan sebab saiz pinggul menandakan tahap kesihatan jantung anda.silent killer boh.

ape2pon makanan merupakan punca segala penyakit kalau tidak dikawal dengan baik. makanan yang sedikit jadi kawan, kalau berlebihan menjadi lawan.

dua nikmat yang selalu dilupakan adalah
kesihatan dan waktu lapang




p/s: -ya Allah berkatilah masa kami dengan benda2 yang berfaedah.
-jadilah kami hambaMu yang bersyukur.
-permudahkanlah segala urusan kami.

Saturday, May 29, 2010

29052010

lebih kurang setengah jam sebelum maghrib sambil2 menunggu masakan terhidang,seorang pemuda mengambil kameranya dan terus memukul2 gambar tanpa belas kasihan.tapi pukulan itu amat lembut kerana pemuda tersebut menggunakan hanya satu jari.tak percaya sila lihat gambar2 tersebut masih sihat tanpa sebarang pathological lesion.

agaknya pemuda tersebut kebosanan kerana terpaksa mengharungi tempoh peperiksaan yang agak panjang.sabar jela.

kalau tak penat sekarang,terpaksa penat disaat orang lain berehat.(mintak berlindung)
sarangei exam...(btol x ijut penggunaan bahasa nih? =_= )

gambar2 berikut mewakili perasaan pemuda tersebut. perasaan dimusim exam x sama sekali jika dibandingkan dengan musim2 lain seperti musim buah atau musim tengkujuh tegas beliau lagi.


rindukan basketball



"a'laikum biljamaah"



Banyak lagi yang perlu dihabiskan



berehat sebentar...



masa depan masih ada selagi masa masih belum berlalu pergi







rindukan keluarga



32 kotak lagi yang perlu dipangkah



no komen...





akhirnya hidangan sudah pun siap.pemuda tersebut meninggalkan kameranya dengan riang sekali.walaupon masih banyak yang perlu dibaca,saat makan tetap tidak dilupakan.




chikenchop jadi hidangan gara2 "WISH LIST" tq-eddy-









papepon hidup mesti diteruskan untuk terus diuji dan mencuba untuk mendapat keredaanNya.