Friday, May 13, 2011

menyusur kemudian.

Ingat tak apa yang berlaku di negara kita 42 tahun lepas? Mungkin bagi mereka yang minat subjek sejarah tak akan lupa akan tarikh keramat ini. Tarikh yang menjadi titik tolak yang menunjukkan bangsa melayu bukanlah satu bangsa yang boleh dicucuk hidung dengan mudah. Tarikh ini juga menggambarkan pentingnya kesatuan untuk menjamin keteguhan sesebuah negara atau organisasi.

Tragedi berdarah ini amatlah penting kepada kita semua terutama generasi muda supaya selalu beringat dan menjadikan inspirasi untuk terus maju dalam mencapai cita2 yang diidamkan. Kali ini aku bukanlah nak bercerita tentang sejarah. Kalau nak mendalami tentang sejarah, bacalah buku sejarah yang boleh didapati dikedai berhampiran anda. Tak tahulah kenapa, akhir2 ini aku semakin minat untuk mengetahui tentang sejarah. Terutama sejarah tentang negara kita Malaysia.semoga istiqamah.doakan~

Hari ini dalam sejarah, selepas saya bersama dengan rakan serumah selama lebih kurang 3 tahun akhirnya kami ditakdirkan berpisah(ayat sedih). Tempoh 3 tahun sudah cukup untuk kita mengenali hati budi seseorang. Kalau dalam tragedi berdarah 13 Mei bangsa melayu dan bangsa cina berpecah kerana beberapa perkara tidak dipersetujui,tetapi perpindahan rakan serumah aku ni bukanlah disebab kami bergaduh besar atau persengketaan timbul,bahkan kami hidup aman damai dan harmoni. Tapi aku hormati keputusan beliau untuk tetap keluar daripada rumah ini atas sebab2 yang tak boleh dielakkan. Siruu A’laa barakatillah.

Gambar kenang2 kenangan.


IHSAN ROSLAN...

-semoga anda berbahagia selalu.
-inni uhibbuka fillah.
-setiap amalan samada baik atau buruk semuanya akan diperlihat diakhirat kelak.
-senyum2 selalu.


























makan2 perpisahan.(T_T)
di T.G.I Friday













-sebenarnya Ihsan pindah tak jauh dari rumah aku. Hanya lebih kurang 200meter dr rumah aku sekarang.hehe

-tapi sayu bila tengok bilik sebelah kosong tanpa penghuni.

-walaupun aku yang dijangka orang pertama akan "meninggalkan" rumah ni...tapi ihsan mendahuluiku.aku menyusur kemudian. insyaAllah :P

maafkan segala kesalahan kami.
jangan lupa pulak tgk2 kami disini. :)
rajin2 belajar..

2 comments:

ihsan roslan said...

terharunyer dapat satu entry khas utk aku ^_^
thank u nabil...

MOHD. FIRDAUS BIN SALLEH HUDIN said...

sedihnya nabil. kawan baik ihsan. x de entry pasal ana pun. lagi jauh ana pindah. hehe.