Friday, March 13, 2009

jasa mu tetap ku kenang.

Kisah lama..

"Ayah sihat?" tanya aku."Ayah sakit, tapi masih boleh berjalan" jawab ayah dengan suara yang lemah."InsyaAllah nabil balik tahun ni.Jangan risaulah."jawab aku cuba untuk menenangkan ayah walaupun aku merasa tak sedap hati .Aku pendamkan perasaan itu dengan mengatakan"takde ape2lah".

Inilah antara perbualan kami sebelum pemergiaannya seminggu selepas itu.Itulah kali terakhir aku dapat mendengar suara ayah.Ayah selalu sihat dan jarang sekali sakit.Kalau sakit pun ,sakit2 ringan(lenguh2 sendi atau sakit tua).Ayah memang tak pernah pergi hospital kalau sakit.Dia lebih mempercayai ubatan tradisional berbanding dengan ubatan moden yang dikatakan mengandungi bahan kimia yang akan memberi kesan sampingan yg membahayakan.Itulah sebab berita pemergiaannya amat mengejutkan aku.

Antara usaha terakhir aku adalah dengan meminta pertolongan Allah S.W.T. supaya kesakitan yang ditanggung oleh ayah disembuhkan.Kami mengadakan solat hajat di RKB(rumah kelantan baru).Selepas solat hajat, aku berjumpa dengan salah seorang ustaz yang turut solat hajat pada malam itu."Berapa umur ayah kamu?"ustaz itu mengajukan soalan kepadaku."Emm...lebih kurang 70 tahun"aku menjawab dengan ragu2.Bukannya aku lupa umur ayah, tapi beginilah apabila seseorang lahir sebelum zaman jepun.Suka hati pihak pendaftaranlah nak letak umur berapa.Ustaz itu menyatakan, kalau sakit dalam lingkungan umur ayah aku ni biasanya 'tak lama'.Aku mengiyakan shj.Tak sangka kata2 tu jadi kenyataan.

Sebelum ayah meninggal, aku pernah memasang beberapa niat yang aku sangka sempat untuk aku laksanakan.Tak perlulah aku nyatakan kat sini niat tersebut.Ternyata kuasa Allah itu melebihi segala sesuatu.Aku amat berharap agar Allah menerima niat aku sebagai satu amalsoleh terhadap orang tua aku.

Rasullullah bersabda: "Apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah
segala amalan kecuali tiga perkara,sedekah jariah,
ilmu yang bermanafaat dan anak soleh yang mendoakan.


***************************************************************************

Ingatlah..

Cerita kat atas ni bukanlah untuk meminta simpati mana2 pihak, tetapi untuk remind bertapa bernilainya mereka(ibubapa).Merekalah yang berpenat lelah menjaga kita sejak dari kecil lagi.Merekalh juga yang telah mencorakkan kita sehingga kita sampai ke tahap ini.Mewarnakan dengan warna2 Islam sehingga dapat membezakan antara dosa dan pahala.

Taatilah mereka sementara mereka masih hidup.Berbuat baiklah kepada mereka sebanyak mungkin kalau taknak menyesal semasa mereka 'pergi' mcm berlaku kat aku..Tiada ruginya mentaati mereka.Apa yang dapat adalah gunungan pahala yang disediakan oleh Allah yang mana dapat kita saksikan diakhirat kelak.

Bersama-samalah kita muhasabah balik apa yang telah kita lakukan kepada kedua ibubapa kita.Mungkin perkara itu akan berulang kepada kita.Buat baik balasannya baik,buat jahat balasannya ......


p/s: entry ini dibuat untuk memperingati arwah yang genap setahun meninggal dunia pada hari ini.

AL-FATIHAH..







8 comments:

al-fareast said...

alfatihah..wat ayah ko nabil...teruskn perjuangan kita...kami akan slalu support ko...klau ad pape mslh bgtau la kami...setiap dr kita ad kelebihan dn kekurangan..allah itu maha Adil.....ak bersyukur masih dikurniakan ayah ibu lg...ak hrp ak akn sntiasa mnghrgai diorang slagi diorang msh ad......

cairoboy said...

al fatihah..semoga roh arwah ayah ko sentiasa berada di sisi org yg soleh...perjuangan perlu diteruskan...anggap tu ujian dari Allah,bila ko berjaya hadapi dgn tabah,insyallah,ko akan berjaya di dunia dan di akhirat...kami semua sentiasa mmenyokong ko...

chaiyok2...cheer up ...mentor mu sentiasa bersedia utk membantu mu...

musegalo said...

Ada hikmah disebalik segala sesuatu..

Allah menyayangi hambaNya dengan menguji mereka..

lagi besar ujian, lagi kasih Allah..

semoga ayah mu ditempatkan bersama sama orang yang beriman dan bertaqwa..

al fatihah

nabil alhanis said...

thank kerna korang sudi untuk support..
jazakallah..

[MH] said...

innalillahiwainnailaihiraji'uun..

P.s: Baru bc entry ni

onee said...

salam.memang...hargailah mereka selagi mereka ad.coz bila mereka tiada,br merasai kehilangan mereka....

nabil alhanis said...

fathiyyah:
tak mengapa..


onee:
btol-btol..

Anisah Shamilah MS said...

salam...
al-fatihah..
jzkk for da peringatan...
smoga kamu setabah junjungan mulia,
dlm meneruskan hidup..

xtau nk ckp apa,
coz yg melihat x sama dgn yg merasa..
apa2 pun, all da best!

always remember Allah memuliakan anak yatim..