Sunday, March 27, 2011

penagih dadah yg jujur.



sungai nile


Dah lama tak jogging. Dah lama tak hirup udara segar di sungai nil. Tak tahu kenapa semangat pulak aku nak jogging hari ni setelah hampir 3bulan makan minum, tidur bangun tanpa outdoor activity. Basketball pun dah lama tak main. Futsal memanglah bukan permainan aku. Apa nak jadi? Papepun aku perlu mulakan langkah baru mulai hari ini.(26 Mac 2011)

Bila semangat nilah macam2 rintangan datang. Waktu menunjukkan pukul 6.00pg,macam biasalah,track jogging aku bermula dari rumah (Abo Rish) sampai sungai nil dekat dengan Universiti. Mungkin lama sangat tak jogging, aku jalan slow2 takut cepat semput. Antara cubaan yg dilalui hari ni Ialah:


Dikejar anjing



anjing mesir yang manja2 semuanya.

Aku dah tahu depan masjid Sayyeda Zainab biasanya ada seekor anjing yg bukan macam anjing2 lain kat mesir ni yg lebih bersopan dan beradab dengan manusia. Biasanya kalau aku lalu dikawasan ni aku akan berjalan untuk tidak menarik perhatian anjing yg tidak berakhlak ni. Pernah 2-3 kali aku dikejar dikawasan ni. “Orang mukmin tak akan jatuh lubang dua kali” . Tapi hari ini taktik aku tak menjadi. Walaupun aku dalam keadaan berjalan melintasi kawasan ini, nampaknya anjing ni masih berminat bergurau dengan aku. Nasib baik Allah menhantar penyelamat. Adalah 2-3 org mesir yang baik hati sudi menghalau anjing tersebut. Aku pun teruskan perjalanan menghala ke sungai nil.


Dikejar penagih dadah.


Munirah

Setelah penat berjogging,biasanya aku akan berjalan pulang ke rumah. Sambil ambil angin katakan. Apabila sampai dihujung jalan Munirah aku terserempak dengan seorang arab mesir.Susuk badannya taklah besar sangat,tapi mungkin tinggi 5inci lebih dari aku. Hari ni arab ni mengenakan baju lengan panjang berwarna hitam dan berseluar jeans.maka mulalah perbualan aku dgn arab tersebut:

Arab:awak ke yang tinggal atas kedai Al-Baghal Abu Rish

Nabil: tak

Arab:siapa nama tuan hamba?

Nabil:nabil,tuan hamba pula?

Arab :nama aku Ahmad.

Arab ni yg sebenarnya hendak menuju ke munirah tiba2 menukar fikiran untuk berjalan bersama2 dengan aku. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku pendamkan saja perasaan aku . Semasa berjalan, aku cuba letakkan tangan aku atas bahu dia. Aku terasa ada sesuatu benda tajam di lengan dia. Lagilah bertambah tak sedap hati.

Nabil: apakah pekerjaan tuan hamba?

Arab : saya seorang penagih dadah.(jujur betol arab ni).saya selalu ambil bengo dan hashish.

Nabil:apa?(aku buat2 tak faham)

Arab :aku seorang penagih dadah. Berapa tahun kau tinggal sini?

Nabil :setahun jagung(tipu sunat)

Arab: berapa duit yang aku akan ambil drpd kau?

Nabil: apa? Saya tak faham apa yang kamu ckp.(buat2 tak faham)

Apabila aku sedar yang dia nak mintak duit,aku pecut sekuat hati.aku tak menhiraukan pangilan arab yang cuba ambil kesempatan tadi. Aku mula berjalan,apabila sampai dikawasan stesen bas abu rish. Semasa aku hendak masuk lorong menuju kerumah aku, arab tadi tiba2 muncul dengan sebilah pisau. Ukuran pisau ditangannya mungkin lebih sehasta. Dia pegang baju aku dari belakang. Mungkin dia pegang xberapa kuat, memudahkan aku melepaskan diri. Aku pun teruskan pecutan kedua sampai kerumah.FUHH…

ALHAMDULILLAH

  • · Nasib baik anjing tadi tak gigit aku.
  • · Nasib baik arab tadi tak tikam aku dari belakang.
  • · Nasib baik aku sampai rumah dengan selamat
  • · Dll

Cerita diatas adalah sebagai perkongsian dengan kawan2 agar lebih berhati2. Bahaya berada dimana2. Maka berhati2.

-Maaf bahasa kurang memuaskan.

Wednesday, February 16, 2011

Saturday, January 15, 2011

anak muda yg berjasa



Rosli Dhobi

Mungkin masih segar dalam ingatan kita seorang pejuang agama dan bangsa yang bernama Rosli Dhobi yang berasal dari negeri Serawak. Pemuda yang berumur belasan tahun ini, sanggup menggadaikan nyawanya demi melihat agama dan bangsanya bebas dari segala cengkaman penjajah samada penjajahan pemikiran mahupun materialistik.

Sejarah lengkap beliau mungkin anda semua boleh dapati dalam internet mahupun dalam buku2 sejarah. Tetapi ada beberapa point penting yang boleh kita ambil daripada sejarah beliau.

1.Asas agama penting dalam kehidupan

Rosli Dhobi bukanlah seorang yg begitu mahir dalam ilmu agama.Beliau bukanlah seorang lepasan universiti yang banyak belajar kitab2 agama. Pada peringkat awal, beliau hanya menerima didikan agama dirumah daripada ayah beliau. Tetapi dengan bekalan tersebut beliau mampu menterjemahkan apa yang dipelajari dalam kehidupan beliau. Bukanlah macam kita sekarang, kitab bertimbun2 tetapi belum tentu dapat melaksanakan apa yang terkandung. sedih dengan sikap diri sendiri.T_T

Seorang yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya umpama seseorang yang mempunyai pedang tetapi tidak menggunakan pedang beliau apabila diserang musuh(singa)

Imam Al-Ghazali( YaAyyuhal walad)


2.Hargailah usia muda

Usia muda merupakan waktu kemuncak dalam kehidupan manusia. kalau diumpamakan seperti matahari , usia muda merupakan waktu tengahari dimana saat matahari paling terik dan panas.segala2 yang diinginkan pasti diusahakan. Rosli Dhobi mampu melakar sejarah pada usia 17 tahun, tetapi kita? Hidup mesti ada kesan yang kita tinggalkan.

pilih antara dua

hidup dalam kemuliaan atau mati syahid


beramalah diusia muda jika kita hendak pahala yang berterusan apabila sampai waktu kita tidak mampu beramal lagi(tua)

-Syeikh Yusri-

3.pengorbanan


Pengorbanan merupakan asam garam dalam perjuangan. Tanpa pengorbanan maka tiadalah erti perjuangan.

jangan berbicara soal perjuangan kalau diri tak sanggup berkorban


-DSAI-



Cinta merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. bohong jika seseorang mengatakan "aku sanggup berjuang tanpa cinta". Jangan menafikan naluri sebagai manusia. Tidak ketinggalan juga soal cinta dalam kisah hidup Rosli Dhobi. Belum sempat beliau menyempurnakan cintanya dengan Ani Ali(buah hati), beliau terlebih dulu menyahut cinta dan cita-cita beliau terhadap perjuangan. siapakah buah hati kita yang pertama?


jom kita lihat anak muda sekarang.cuba bandingkan.






HEBAT bukan?

Jenayah bukan lagi dilakukan oleh setan bapak tetapi setan anak pun sudah pandai menunjukkan tanduk masing? Rogol ,bunuh ,mencuri dan sebagainya dalam kalangan remaja mulai subur dalam masyarakat kita.

Kalaulah dulu Rosli Dhobi membunuh kerana agama dan bangsa tetapi sekarang agama dan bangsa bukanlah menjadi satu perkara major dalam kalangan muda mudi hari ini. Semangat perjuang dan sanggup berkorban yang ada pada setiap diri anak muda digunakan pada jalan yang bertentangan dengan syariat agama.

sipakah yang salah..

1.Ibu yang mengandungkah?
2.bapa yang tak pandai mendidikkah?
3.sistem pendidikan disekolah2 kurang berkesan?
4.undang2 tidak mampu mengawal dan mencegah jenayah?

pilihlah yang sesuai. jawapan ditangan kita bersama.

"Ya Allah jadikanlah kami yang mendengar perkara kebaikan
dan mengikuti apa yang terbaik"


terima kasih kepada Izzudin Nadzif (tong) kerana sudi berkongsi kisah Rosli Dhobi semasa kami minum2 di kedai 'asab (jus tebu).



Wednesday, January 5, 2011

pilihlah IMAN

Alhamdulillah 'alaa kulli nikmat.

Dalam dunia yang serba indah ini kita tak boleh lari dua benda yang sentiasa menarik kita . Siapa yang kuat maka dialah yang akan memperolehi kita. Yang lemah pula akan sedih dan kecewa. Tarikan tersebut juga bergantung kepada kita.Dengan kata lain kita mempunyai kuasa untuk memilih kerah mana yang ingin kita tujui.

Dua benda tersebut ialah:
1.tarikan keimanan(amal kebaikan,kebajikan dan berjuang)
2.tarikan Nafsu(bnda yg sia2dan dll)





Dua benda ini akan sentiasa beradu tenaga dan berusaha untuk mendapatkan kita. Kita sebagai pihak yang ketiga mestilah kuat dan bijak.Alhamdulillah Allah yang begitu ingin melihat kita berbuat kebaikan menyediakan kertas kerja(Al-Quran) sebagai panduan untuk memilih.

sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah dan jika ada kebajikan (sekecil zarrah),nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberi pahala yang besar dari sisiNya
surah An-Nisa' (40)


Kertas kerja yang mempunyai 30 bahagian(juzuk) dan 114 tajuk(surah) ini,amatlah berguna sepanjang kita hidup didunia ini. Tidak cukup dengan itu ,dengan rahmat Allah,kertas kerja ini disediakan siap dengan pembentangnya sekali. Iaitu Sayyedul Mursalin Muhammad S.A.W.


Imankah yg menang? Nafsukah yg menang ?semua bergantung kpd kita.Semuanya sudah disediakan oleh Allah.Otak(aqal),hati ,perasaan,AlQuran ,AlHadis, Ulamak ,seluruh alam dan bermacam2 lagi telah disediakan dan menunjukkan IMANlah yang semestinya menjadi pilihan kita.. Apa yang tinggal adalah kita.NAK KE TAK NAK.



“bacalah kitabmu,cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu”
Surah Al-Israk(14)


Tidakkah kita memikirkan bertapa susah dan peritnya nabi Muhammad dan para sahabat berjuang demi melihat Islam sampai kepada kita pada hari ini? 1001 macam tindakan usaha telah dilaksanakan oleh mereka yang terdahulu.tetapi kita?

Adakah kita mahu melihat Islam terhenti setakat kita?

Adakah kita redha dengan masih ramai yang tak faham Islam yg syumul?

ADAKAH KITA TAK MALU UNTUK BERJUMPA NABI MUHAMMAD DIAKHIRAT KELAK?
sedangkan kita mendabar syafaat daripada Baginda…


Jom fikir2kan dan berdoa agar kita diberi taufiq dan hidayahNya.

“Jika kamu sudah berpeluh(penat ,berjuang) didunia, insyaAllah kamu tidak akan berpeluh dipadang mahsyar kelak.maka pilihlah”
-TGNA-




KUASA DI TANGAN ANDA.
-Selagi nyawa dikandung badan
-selagi masih ada secebis iman dihati kita (hargailah iman tersebut).




************************************************************************



Doakan kami akan menghadapi exam end round ophthalmology pada 13.1.2011 ni.

Kalau ada salah silap dan termakan harap dimaafkan dan dihalalkan.


*****************************************************


jgn lupakan si miskin kerana mereka kekasih Allah



kenaikan harga petrol memberi kesan yang besar kepada harga barangan lain




Selamilah jiwa kami sebagai rakyat yang menderita ini.
Supaya dapat kita sama rasai nikmat Allah yang diperolehi
Jangan menyesal kalau didakwa dimahkamah Allah nanti
Kejahatan dan kezaliman pasti akan diadili
Kami hanya menasihati
Jangan biarkan hati itu mati
Biarlah kita hidup sentiasa diredhai illahi
Supaya kita dapat menempah syurgaNya yang hakiki..

Friday, November 26, 2010

Mutiara5

Dah lama tak menulis kat laman ni.Alhamdulillah di pagi jumaat ini aku diberi peluang untuk mencoret sesuatu. Kata2 dibawah ini aku dapat dari buku (110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang 2010).

TGNA selepas solat raya Aidulfitri 2010



"Blogger ni ada yang berwatak semut yang hanya pergi ke tempat yang manis. Ada yang berwatak lalat yang pergi ke tempat manis dan juga tempat busuk. Ini kerana blogger pun manusia yang punya nafsu. Nafsu ini tidak boleh dikaji di makmal dan tidak boleh dilihat dengan mata.Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab blogger dan juga kita untuk mengawal nafsu biar selari dengan ajaran Allah S.W.T.
-TGNA-

wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpanya suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannyayang menyebabkan kamu menyesalAdd Imageatas perbuatanmu itu
-surah Al-Hujarat,ayat6-

Pastikan kita sentiasa mencari medium yang dapat mendekatkan manusia kepada Islam dan bukan sebaliknya.

medium2
  • FB
  • Friendster
  • blog
  • risalah2
  • Twitter
  • dll

"Pisau jika disalah guna pasti membawa keburukan , tetapi jika digunakan pada tempatnya pasti membawa kebaikan".

Friday, August 6, 2010

betulkan soff...

Bagi mereka yang biasa solat berjemaah dimana2 masjid di mesir, soal membetulkan sof dan merapatkannya merupakan suatu perkara yang amat besar dikalangan rakyat mesir. Dari yang berumur kanak2 sehinggalah yang tak larat nak jalan.Seumpama membetulkan sof adalah rukun solat yang wajib dikerjakan.

Kadang2 mereka menyebabkan kita rimas semasa solat.Dahlah yang tak berapa khusyuk, tambah pulak dengan cara mereka membetulkan sof lagilah bertambah "khusyuk". Selagi jari tak bersentuh jari, selagi tulah mereka akan berusaha supaya perkara tersebut berlaku. Peluang semasa rukuk memang mereka menafaatkan sepenuhnya untuk melihat jari2 samada rapat atau belum.Kalau belum,bersedialah anda untuk ditarik kaki semasa tu jugak. Kadang2 kita sudah faham,kalau jari tak rapat kami akan terus rapatkan sebelum dibetulkan oleh mereka.Kalau kita tengok dari sudut positifnya cara mereka membetulkan sof, mereka akan menyebabkan kita berwaspada dan selalu beringat untuk membetulkan sof.

Aku sudah berada diMalaysia hampir seminggu. terasa janggal pulak apabila solat dimasjid di Malaysia. Soal membetulkan sof bukanlah perkara utama bagi kebanyakan rakyat kita. Apabila imam berkata sebelum angkat takbir "betulkan sof dan rapatkan sof", mereka masih lagi berada dikedudukan yang sama. macam takde ape2 yang berlaku. kalo ade pon sekadar tengok kebawah dan tengok kedepan balik sementara menunggu imam angkat takbir.bagi aku, kalo 1-2 inci tak rapat bolehlah dimaafkan. ni sampai satu hasta,aduih.

Ape boleh buat,kalaulah aku macam orang mesirkan bagus. Tak kira sape, mereka tetap betulkan. Kalau difikir2 balik patutlah Al-Quran diturunkan dalam kalangan masyarakat Arab.Kalaulah diturunkan dalam kalangan melayu yang agak "pemalu" tak tahulah apa nak jadi. Mungkin mengambil puluhan tahun untuk mengislamkan rakyat Malaysia.

Mungkin kita sebagai pelajar2 mesir boleh menjadi teras untuk menghidupkan biah2 yang baik yang kita dapat kat mesir. walaupun kita kurang selesa dengan cara orang mesir mentarbiah kita, mungkin itulah yang menyebabkan kita menjadi lebih baik, penyabar dan dll.

mesir ardul kinanah, ardul anbiyak, ummu dunia.


-hanya pandangan penulis-
************************************************************************************

p/s : -biasakan yang betul,betulkan yang biasa.

-semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna drpd Ramadhan sebelum2nya.


kelantan ku..









Sunday, July 18, 2010

downy..

Semalam aku dan salah seorang daripada ahli rumah F4 sempat singgah di kedai Rejab&Son atau aulad regab (dalam bahasa arab mesir) untuk membeli barang keperluan. Kedai ini menyediakan pelbagai barangan keperluan semasa seperti makanan,barang kosmetik, barangan elektrik dan dll. Walaupun kedai ini tak se'gah' pasaraya Spinney atau Carefour,tetapi barangan yang disediakan sudah mencukupi untuk memenuhi citarasa pelanggan yang "biasa2" macam aku.

Macam biasa2 berlaku, tujuan asal untuk membeli kipas menjadi pilihan terakhir.Benda2 lain yang kurang penting pulak yang menjadi priority.Aishh. Dipintu masuk kedai ini disediakan bakul dan troli untuk memudahkan pelanggan membonceng barangan yang hendak dibeli ke kaunter pembayaran.Kali ini bakul menjadi pilihan aku, sebab barangan yang dirancang untuk dibeli berkuantiti sedikit.sedikit?

Setelah lebih kurang setengah jam memilih barangan yang hendak dibeli, akhirnya kami berdua berijtihad untuk menggunakan troli memandangkan troli lebih mesra alam dan mudah dikendalikan berbanding bakul yang perlu dijinjing bersama daya tarikan graviti yang menyeksakan. Apabila sampai di bahagian sabun menyabun, mata aku terpandang kearah botol yang berwarna biru yang terdapat gambar budak akhawat sedang berselimut dengan tuala mandi dan tertera perkataan "DOWNY".



pelbagai jenis haruman yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masing2.valley dew menjadi pilihan aku untuk kali yg...baunya boleh tahan.


Dah lama aku tak menggunakan bahan pelembut dan pewangi fabrik ni. Seingat aku, last time aku menggunakan downy ialah sebelum exam midterm, lebih kurang enam bulan yang lalu.selepas daripada tu aku menggunakan downy tiruan yang dijual di kedai yang kami gelarkan kedai "sagof" atau kedai "makki" .harganya yang jauh lebih murah(5junaih sekilo) menyebabkan kami menggunakan barang tiruan tersebut walaupun banyak kecacatan.Antara kekurangan downy tiruan ialah baunya tak dapat bertahan lama.bukanlah macam downy ori yang mampu bertahn sehingga 7 hari seperti dalam iklan kat Tv.

Apalagi, aku balik dengan semangat baru untuk basuh baju dengan downy.selepas basuh dan dijemur, baju dilipat dengan rapi. Baju yang dibasuh dengan downy diletak dalam almari bersama baju2 aku yang lain yang dibasuh dengan sabun biasa tanpa downy. Sebenarnya baju2 yang tidak dibilas dengan downy sudah cukup harum dengan bauan sabun,tetapi masih cukup jauh jika dibandingkan dengan baju yang dibasuh dengan downy.Antara kelebihan downy ialah, beliau mampu mewangikan baju2 lain apabila diletak bersama2.bukan setakat baju, bahkan satu almari turut berbau haruman downy.

************************************************************************************

istifadah
  1. pastikan tujuan yang dirancang tercapai.
  2. jadilah pewangi yang dapat mewangikan orang lain.@ jadilah soleh(baik) yang musleh(memperbaikan) orang lain.
  3. berkawanlah dengan orang yang baik2 dan soleh supaya kebaikannya berjangkit kpd kita
  4. gunalah downy untuk melembutkan (memondankan) dan mewangikan baju anda. :D

jika kamu berkawan dengan penjual minyak wangi
badan kamu turut berbau wangi
dan jika kamu berkawan dengan pembuat besi
badan kamu juga turut berbau besi.