Saturday, May 29, 2010

29052010

lebih kurang setengah jam sebelum maghrib sambil2 menunggu masakan terhidang,seorang pemuda mengambil kameranya dan terus memukul2 gambar tanpa belas kasihan.tapi pukulan itu amat lembut kerana pemuda tersebut menggunakan hanya satu jari.tak percaya sila lihat gambar2 tersebut masih sihat tanpa sebarang pathological lesion.

agaknya pemuda tersebut kebosanan kerana terpaksa mengharungi tempoh peperiksaan yang agak panjang.sabar jela.

kalau tak penat sekarang,terpaksa penat disaat orang lain berehat.(mintak berlindung)
sarangei exam...(btol x ijut penggunaan bahasa nih? =_= )

gambar2 berikut mewakili perasaan pemuda tersebut. perasaan dimusim exam x sama sekali jika dibandingkan dengan musim2 lain seperti musim buah atau musim tengkujuh tegas beliau lagi.


rindukan basketball



"a'laikum biljamaah"



Banyak lagi yang perlu dihabiskan



berehat sebentar...



masa depan masih ada selagi masa masih belum berlalu pergi







rindukan keluarga



32 kotak lagi yang perlu dipangkah



no komen...





akhirnya hidangan sudah pun siap.pemuda tersebut meninggalkan kameranya dengan riang sekali.walaupon masih banyak yang perlu dibaca,saat makan tetap tidak dilupakan.




chikenchop jadi hidangan gara2 "WISH LIST" tq-eddy-









papepon hidup mesti diteruskan untuk terus diuji dan mencuba untuk mendapat keredaanNya.

Monday, May 10, 2010

seguk.

aku anggap semalamlah mesir dilanda suhu yang melampaui batas.masa cuti musim panas hari tu pon tak panas cam semalam. semua orang dalam rumah aku bagai cacing kepanasan.semua mula risau bagaimana nak menghadapi studylive selama lebih kurang sebulan setengah lagi dalam keadaan begini. masing2 mulalah keluarkan idea yang pelik2, utk menyejukkan rumah.ade kata beli aircond,beli kipas yang boleh keluarkan air,ade kata kita pasang langsir dan macam2 lagi.pening2.

memang semalam betul2 panas.ade org kate suhu mencecah 40'an darjah2.mungkin.alhamdulillah hari ini suhu menurun secara mendadak.angin pada waktu subuh begitu nyaman.betullah tekaan hati aku, hari ni InsyaAllah seguk.aku mengambil peluang merasai angin pagi dengan berjogging di samping sungai nile.jongging memang betul2 menenangkan hati yang geli sah.macam2 sebab hati manusia boleh jadi gelisah.itu masing2 punya hal.lu pikirlah sendiri-nabil raja lawak-
bila hari dah seguk, mata mulalah mengambil kesempatan untuk rehat secara tidak berperi kemanusiaan.mana taknya esok exam.dah2.ape yg aku tulis nih. sedarlah diri.nak kongsi ayat siket berkaitan panas.just kongsi jela.nak terang2 lebih tak reti.T_T

"orang-orang yang ditinggalkan(tidak ikut berperang)merasa gembira dengan duduk-duduk diam sepeninggal Rasulullah.Mereka tidak suka berjihad dengan harta dan jiwa mereka dijalan Allah dan mereka berkata 'janganlah kamu berangkat(pergi berperang)dalam panas yang terik'.katakanlah(Muhammad)'Api neraka jahannam lebih panas,'jika mereka mengetahui." attaubah-81-

Monday, May 3, 2010

daripadaNya..




jangan rase inferior
semua rezki daripadaNya...
"Alhamdulillah a'laa kulli ni'mah"


p/s: amik peluang sempena musim exam...aku nak mintak maaf kepada semua kenalan, rakan2 batch(ikhwah,akhawat)kalo ade salah silap atas tuturkata,tulisan atau segala perbuatan.beginilah nasib hidup sebagai manusia xlepas dr salah dan silap.apo buleh buat.sama2lah perbaiki.T_T

Saturday, April 24, 2010

house day out-HDO-


Pernah tak tengok cite robotcop?.kalau tak silap aku cite ini pernah dipopularkan pada tahun 90'an.cite ini berkisarkan tentang seorang manusia yang entah camne aku pon tak ingat ditukarkan menjadi seekor robot yang segak. tapi apa yang penting bukanlah-kerjasama- tapi seperti yang kita tahu robotcop mempunyai mission yang tertentu yang perlu disettlekan. sangup buat ape saje demi menyelesaikan mission tersebut. aku tak pernah tengok si robotcop tolong kawan dia bayar bil elektrik, buang sampah, bersihkan rumah dan dll. ape yang dia tahu just misinya aje.

ape yang boleh kita amik dr cite diatas ialah ,semua org mempunyai cita2 dan misi yang tersendiri. tapi adakah kita nak jadi cam robotcop.memang betul hidup perlu bermatlamat tapi adakah kita hanya mahu menyelesaikan misi kita saje tanpa ada rase ingin membantu kawan2 kita atau org lain yang kadang misinya sama dgn kita tapi mungkin mereka terleka sedikit.inilah tugas.

apa yang nak aku tekankan kat sini adalah ukhuwwah kita dgn kawan2 atau yang lebih penting ahlibait(housemate) kita sendiri. kadang2 kita sibuk berukhuwwah dengan org yg jauh drpd kita. yang tak serumah, tak sebilik, tak seruangtamu, tak sedapur dan macam2 tak lagi. bukanlah aku nak kata ukhuwwah aku dgn ahlibait aku mantap, tapi same2lah memperkukuhkan dan bergerak kearah itu.

kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan


so aku nak ringkaskan dalam bentuk point.
  1. menunaikan hak2 ahlibait dan kawan2 lain terutama musin exam(masak,bersihkan rumah dan dll)
  2. mengajak dan memperingatkan ahlibait utk study.
  3. beribadah bersama2 (atleast seminggu sekali)
  4. berkebajikan(belanjakanlah sedikit duit kita untuk ahlibait dan jiran2 terdekat-F4-)

aku rase semua dah sedar perkara nih tapi just nak memperingatkan balik.kalau aku lupa sila2lah tegur.jadilah cermin kpd aku.

lame dah tak kuar bersama.so aku rancang satu lawatan dan ziarah ke ctstar bersama ahlibait.haha.memang best.abis duit aku.





CTstar jadi pilihan

mengancam duit biasiswa anda

for man

solat dulu yok!

pilihan payid.

Fuddruckers tempat santapan kami.



service berharga LE21.60



aku makan paling 'banyak'

selalu tengok orang buat camni
ingatkan best..biasa2 je






beli apa yang patut..haha


tujuan asal ke CT sentol adalah nak cari vacum.jauhnya. kat tauhid0nenur pon ade sebenarnya.saje nak kuar same2.habis masa korang sbb ikut kehendak aku. papepon korg memang best.

doakanlah ukhuwwah kami berpanjangn..insyaAllah.
mungkin post terakhir sebelom exam.

Friday, March 19, 2010

dimanakah sifat itu?




Dimanakah sifat itu? Telah hilangkah fitrah yang telah dihadiahkan oleh Allah itu? Atau pun mereka tak sedar bahawa tabiat itu sepatutnya digunakan pada tempatnya? Atau kamu sengaja ketepikan sifat itu supaya dapat merasai nikmat yang sementara ini?

MALU merupakan aspek yang terpenting yang sepatutnya dimiliki oleh semua manusia terutama wanita. Wanita boleh dikatakan sinonim dengan sifat malu. Sejak kecil lagi sifat malu telah terserlah daripada perempuan. Memang betul. Budak perempuan memang susah didekati. Apabila kita cuba untuk mendekatinya , dia akan menyorok atau sembunyi dibelakang emak atau ayahnya.




Tetapi apabila mereka mula membesar sifat ini nampaknya semakin hilang sedikit demi sedikit. Adakah mereka lupa sifat itu telah menghiasi dan berjasa kepada diri mereka dari sejak kecil?

Boleh dikata setiap hari dada akhbar memaparkan fenomena negatif yang rancak berlaku terutama dinegara kita yamg melibat wanita. Rogol, terlanjur, suka sama suka merupakan situasi yang 'wajib' berlaku dimana2, tak kiralah di sekolah menengah, intitusi pengajian tinggi mahupun di peringkat awal sekolah rendah. Tahap akademik seseorang bukanlah skala yang boleh dibuat ukuran.

Kadang2 malas nak baca akhbar sebab asyik baca benda sama je setiap hari. Seumpama masyarakat sudah membudayakan perkara tersebut. Inilah keadaan yang berlaku di negara "ISLAM" Malaysia tercinta.

Sedarlah wanita janganlah mudah percaya dengan kata2 lelaki yang bersalut madu tetapi berintikan hempedu. Janganlah amalkan thiqah(percaya) tak bertempat. Lelaki pulak janganlah ambil kesempatan atas kekurangan sifat wanita. masing2 akan dibalas kelak.

'kerana dirimu begitu berharga'

Thursday, February 25, 2010

mencuba untuk membuktikan..

Masihkah kita ingat apakah kalimah2 yang Rasulullah S.W.A ucapkan disaat kewafatan baginda? Apakah kita tahu dan faham lafaz tersebut. "ummati, ummati". Ini menggambarkan bertapa sayangnya Rasulullah Kepada umatnya hatta disaat kematian pon masih mengingati kita yang masih kabur dalam menyayangi baginda dan meneruskan perjuangannya. Tapi adakah kasih sayang yang ditunjukkan ini kita akan balas balik dengan kasih sayang ataupon dibalas dengan perkara sebaliknya.

Walaupon ucapan kasih sayang amat mudah diucapkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengucapkananya, tetapi berapa ramai yang mampu membuktikannya? aku pon tak mampu...

Sebagai contoh orang yang bercouple atau mempunyai kekasih jantung, mereka rela menghabiskan wang atau masa demi memenangi hati kekasihnya.
Apabila tiba harijadi kekasih, mereka mulalah risau dan memikirkan hadiah apakah yang akan dihadiahkan kepada kekasihnya. Apabila kekasihnya sakit, mulalah tak lena tidur dan terus membelikan ubat dan sebagainya. Inilah tanda seseorang yang sedang berkasih sayang. Bak kata lagu2 melayu :

lautan api sanggup aku renangi




Maka kesimpulannya, sesiapa yang mengatakan cinta mesti membuktikannya. Buktikan dengan apa jua cara sekali pun. Rasullullah telah membuktikannya. bilakah kita?? buktikanlah semampu yang boleh.


katakanlah (Muhammad), 'Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.
Allah maha pengampun dan maha penyayang'
Ali-'Imran-31-

Saturday, February 6, 2010

kahwin...Alhamdulillah

Nampaknya perancangan batch gen06, untuk mencapai target bujang sifar 2012 secara praktikalnya disambut baik. Mana taknya setiap kali aku dengar ada orang nak kahwin, mesti ada wakil dari gen06. Dengki pun ada.haha. Semalam seorang akhawat,kak Naimah dari gen06 melaksanakan perancangan yang dirancangkan oleh batch mereka. Aku memang akui batch mereka kebanyakannya matang2. Tapi bukan bermakna gen lain tak matang, mungkin lebih matang atau kurang. Aku nak cakap panjang pasal kahwin pun tak pandai. Rukun kahwin pun tak lengkap.

Aku teringat kata2 Syeikhuna Nuruddin AlBanjari AlMakki semasa belajar kitab nasaih diniah


kebanyakan syeikh2 kita berkata
"kalaulah aku tahu kahwin awal itu memberi banyak kebaikan nescaya aku akan kahwin sejak tahun satu lagi"



Syeikh mengatakan kebanyaknn syeikh2 kita disini yang berkahwin semasa belajar lebih cemerlang dalam pelajaran dan syeikh Nuruddin juga menceritakan kisah2 ulamak yg terdahulu mencapai kecemerlangan apabila mereka berkahwin. Memang tak dapat dinafikan kahwin awal itu banyak kebaikan. tetapi bergantunglah kepada keadaan seseorang itu.So fikir2kanlah apakah keadaan kita sekarang.perlu ke tidak??





tenang menanti..








kak Naimah dan abg Israk




gen6 yg kebanyakannya dah berpunya.


jejaka gen7 bersedia untuk ditakdim







antara Ajk yg bertungkus lumus




Bagi mereka yang dah berpunya teruskanlah step seterusnya.Bagi mereka yang yg masih single bait muslim sedia utk membantu anda.

'maka kahwinlah wanita2 yang kamu senangi dua, tiga atau empat.
jika kamu takut tidak berlaku adil
maka kahwinilah seorang...
An-Nisa'-3-